Thursday, December 31, 2009

cis semua buat entry new year, takleh jadik nih

bapak panjangnye title haha, kasi gempak sikit, sempat aku berblog walking sebelum menaip entry ni, rata-ratanya menulis pasal new year and their resolution...semua macam pandang ke depan je, aku nak pandang ke belakang, mari kita imbas ape yang berlaku sepanjang tahun 2009

JANUARY

aku mendapat tawaran menyambung degree in accountancy di shah alam, heh diploma je mana boleh carik makan, ditabalkan menjadi setiausaha II badan peer kaunselor, dan menjadi culture shock belajar subjek degree yang susah!

FEBRUARY

bertambah busy, dengan aktiviti peers dan meronggeng, melepak, buang masa tanpa sedar belajar tu penting haha, salahkan diri sendiri kerana culture shock yang amat, antara program masa tu ialah birthday peers dan bersama UTP

heh student utp excited datang shah alam, tengok depa :P maaf ya oranglidi

MARCH

tanggal 19 March 2009 lahirlah menaribagaibintang, semuanya atas terlampau seronok melihat kawan2 mempunyai blog especially lina dan gambar pertama ialah sewaktu ke Kursus Asas Fasilitator, bila baca first entry macam tak matang lagi haha, berkat tunjuk ajar followers sekelian jadi matangla sikit ye tak :P

                                
astaga yang hisap botol tu Tajul, presiden aku, erk ape kaitan hisap botol and jadi fasi ye? kalau nak tau, join la peers :P

APRIL

jap ape ek berlaku april lepas, oh dinner peers, bertungkus lumus aku berkerja keras disamping Kak Nad, Tajul, Haja, Mai, Lina dan sebagainya dalam memastikan kelangsungan dinner berjalan dengan lancar, tidak lupa bantuan daripada farid dan juga laila , makanan bapak best, cuma sangat letih, 2minggu bertungkus lumus, and aku tak kesah kalau diberi peluang buat ni lagi because i love dinner (refer entry sebelum ni)

MAY

whoopsy time for play dah tamat, time untuk belajar, erk actually dah terlambat baru nak belajar, time ni final, sungguh bodoh sebab fail cis! Program masa cuti ialah program motivasi UPSR, letih melayan mereka haih

kesian akak yang baju purple tu (heh akulah) haha tapi seronok, mereka belajar sesuatu dari aku dan aku pun belajar sesuatu dari mereka

JUNE

adek mendapat tawaran ke sebuah universiti awam di kelantan, mak paling excited, bershopping sakan, tudung bawal tudung ikin baju kurung kain ela dan keropok, aku pun shopping tapi kat KL, hehe dapatla 2-3 helai baju MNG and Padini, puas hati


haih pic aku depan pintu gerbang tak jumpa lak, takpela pic time adek aku tidur pun jadikla kan hahah


JULY

new semester! aku semakin aggresive nampaknya, belajar+ aktiviti dan tak berjaya mendapat kemudahan kolej, rayuan kolej yang tidak diendahkan sesiapa, lantas mengambil keputusan untuk tinggal di kristal!


ok mereka semuanya cantik, dalam pic atas nampak aku macam spoiler, tak reti posing langsung bukan

AUGUST

berulang alik ke unit aktiviti mengenai program aku bersama utp, mendapat kelulusan tapi tak boleh dijalankan akibat H1N1, saat ni aku mau saja tempeleng sekor2 babi kat dunia ni, cis!

SEPTEMBER

birthday ramai kawan aku, paling diingati birthday si tikah, haha aku plan nak prank dia habis-habisan, tak payah wakenabeb atau bang bang boom, kepala otak aku, iqram, kerol, mai, haja and paan dah cukup, plan di sini haja & mai menjemput beliau di rumah sewa, konon2 nak jalan2 shopping kat jusco bukit raja, time 8.30pm, sementara aku n the rest stand by kat tempat sunyi area section 8, kesilapan di sini ialah aku sorang je perempuan dan hampir ditangkap oleh sorang abang yang kononnya ada pontianak (hui entry ni ditaip jam 2am seram) so si iqram menerangkan ape yang kita plan, tapi abang tu masih tak puas ati lantas mengambil no encik neo, alamak encik neo dalam bahaya (sempat lagi memikirkan keselamatan encik neo dari keselamatan aku), ok2 sambung cerita lepas abang tu blah, bebudak ni soh aku nyorok dalam semak sebab takut orang lain lak salah anggap, pulak dah, ok pasal si tikah sekali ni je aku wat, tula nak pedajal orang, kan kena balik, haja akan melalui tempat persembunyian kami dan berpura2 berhenti untuk call someone, time tu si iqram n kerol akan masuk, mereka ni konon2 penculik la, haha real punye tikah jerit mintak tolong, sementara tu aku lak bergegas ke padang depan MBSA untuk siapkan kek dan kfc, memang best! tikah nangis hahah

OCTOBER

birthday aku pulak, nasib baik tak kena prank sebab time ni busy dok nak exam, hum malangnya paper takde gap dan memaksa aku untuk tekankan subjek yang lagi satu, akhirnya subjek yang tak sempat ditekankan fail pulak, aiseh repeat lagi :(

NOVEMBER

exam selesai, dan program terakhir bersama peers ialah kursus kepimpinan dan kecemerlangan, kat cameron highland wohoooooo



mereka memang gedik haha yang si beg kuning tu pun same (aku lah!)

DECEMBER

Astaga nila bulan paling bosan dalam hidup, nasib baik ade program bersama UIA sehari haih tu pun sehari je, watla seminggu, and balik kampung jap, the rest sangatttttttttt la bosan



haha dua orang yang duduk tu macam kembar (mak lang & mak aku)



UIA - UiTM

fuh tamat sudah riwayat hidup sepanjang 2009, tak semua aku selitkan, kalau selit gak tahun depan la kot siap haha

HAPPY NEW YEAR, takmau party2 ok, daa

goodbye 2009 :')


Tuesday, December 29, 2009

err dinner?

biasanya kat sekolah atau mana2 pun akan ada annual dinner, dinner lak dibuat kat hotel2 dan sudah pasti bukan kat kedai mamak

jom belajar macam mana nak makan dengan betul

1. Pakaian

Mestilah mengikut tema, jangan pakai hentam saje, penat2 ahli jawatankuasa meeting sana sini fikirkan tema korang wat derk je, agak kecewa juga bila tetamu tak menepati tema majlis. Well lelaki mungkin prefer tux dan perempuan evening dress, tu sesuai untuk majlis bertemakan formal, janganla pakai kemeja hari isnin dengan jeans, and perempuan pakai blouse ok. Kalau ada masalah tentang pakaian sesuai untuk tema, boleh tanya je aku atau encik google ok



2. Pendaftaran

humm agak melecehkan juga bila kena ada daftar2 ni, tapi semua dinner aku pegi ade bende alah ni, perlu ingat jangan terlewat untuk daftar, ikut tentatif yang diberikan ok, aku daftar untuk dapatkan lucky draw and door gift je :P

3. Tiba di meja makan

amboi step-by-step nampak post kali ni, ok cara nak duduk, masuk dan keluar ikut kanan kerusi, faham tak macam mana ni, nak explain pun tak reti, any handbag or clutch boleh letak kat riba atau atas lantai, termasuk door gift, tu la aku tak suka bila pendaftaran sebab depa bagi siap2 doorgift, kan dah berlambak barang nak pegang, nak salam2 tetamu lain lagi haih, jangan sesekali letak handbag, clutch, doorgift atau SIKU anda atas meja, huih nampak kurang sopan, ok ni bukan nak menghina atau apa, ni cuma adab, aku prefer clutch dari handbag, err clutch tu ape? clutch bukan dalam kereta manual tu tau, ni gambar clutch, so delicious kan, aku nak ni, PRADA satin rose, aku tak selesa ada clutch atas riba time nak makan, so aku pakai handbag holder, benda ni murah je aku beli rm29.90 sekarang kat AVON ada jual, RM 10.90, kalau nak satu, aku leh tolong belikan, sangat tak menyusahkan hidup aku dan dapat makan dengan selesa





4. Cutlery set

Normally ade lebih kurang 10 jenis cutlery atas meja makan, gunakan cutlery dari luar ke dalam, maksudnya guna yang lebih jauh dari pinggan depan kita kemudian diikuti dengan yang kedua jauh last sekali baru guna yang paling dekat, biasanya aku letak balik atas meja sudu yang dah pakai, jangan letak atas pinggan melainkan anda dah full dan taknak makan lagi, sebab waiter akan angkat pinggan kotor tu, kalau dah letak sudu segala, kan dah takde sudu, last2 curik orang sebelah punya sudu :P


5. Makan

huh tibalah masa yang dinanti, kalau makan daging, perlula di potong kecil2 dulu baru masuk mulut, jangan daging seketul tu nak telan dah ye, kalau sup, ceduk sup keluar ye, bukan ke dalam, faham tak macam mana? bukan ceduk arah ke kita, tapi arah ke tengah meja, hahah takpe la kalau tak faham, tak penting sangat pun, hah paling penting jangan la sllllrrrpppp ok, minum air pun macam tu jugak, haha :D

                               


6. Lain2

jangan merokok, jangan cakap kuat2, jangan sendawa humm tu semua dah tau kot, kalau ada dinner, jangan lupa ajak aku sama ok :P


pic dinner seumur hidup aku haha


masa form5, bapak lamanye, kurus kan aku :P

kat hotel uitm je, ade bengkel etika meja makan

haha paling tak boleh blah, kat dewan sebelah dewan makan kolej mawar, dinner untuk atlet kolej, penat2 bersukan sampai dapat no2 peringkat kolej2 uitm depa bagi dinner takde meja, sadis :P

yang ni paling grand, PJ Hilton, sayangnye takde proper dress, mantap, dinner untuk ajk kolej mawar

dinner peers, woho LINA jadi queen ok, suka make up time ni :)

dinner pre-graduation masa diploma, astaga aku wat performance, untuk pengetahuan wajib ok, tapi ade gak yang tak wat performance, tak aci sungguh!

err ade lagi satu, dinner peers 2009, tapi aku takmau amik gambar, ade sebab, dahla takmau cakap dah pasal tu, tapi makanan dia sedappppppppp

Wednesday, December 16, 2009

uff ketika aku saket perut

naik menyampah dah readers yang biasa baca post aku, asyik saket perut je..haha nak buat macam mana, aku mengalami masalah tu, banyak kali kot, bukannya masalah usus ataupun datang bulan seperti yang diteka oleh CAEY, tapi masalah angin, maaf CAEY, sila cuba lagi next time :P

first time dalam hidup aku masuk angin masa aku form3 di Transkrian, memang menjengkelkan, solat duduk woo, tak mampu berdiri, jalan sikit pun nangis, nak dekat trial PMR, sangat seksa, time tu roommates aku FARAH, FAIZ & MIERA, aneh je depa tengok aku berselimut tutup lampu pada jam 10.30pm

lepas tu jarang la kena, sampaila aku berumur 20 tahun tengah berjuang untuk sekeping kertas Degree in Accountancy, yang ni selalula kena, boleh kata sebulan sekali mesti kena, lebih2 lagi kalau esok ade common test ataupun homework lecturer yang garang, ni juga wat aku tak mampu nak  belajar, hanya mampu mengerang kesakitan ouuuuuu

ha nak tau tak ape yang aku buat kalau tengah sakit, ni semua cadangan kawan2 aku gak:

- panaskan kain batik guna seterika, lepastu letak kat perut, wat macam tungku, idea si UMI SHAHIDAH masa form3

- makan pil ciketekaun (tak reti eja, reti makan je sebab dah desperate) idea LINA & DYE, housemates yang prihatin

- minum teh pahit yang panas, tak letak gula, idea si DYE

- makan ubat yang bernama Magnesium apetah, idea ayah & mak memandangkan mereka merupakan pharmacists yang veteren

- pergi pusat kesihatan atau klinik berhampiran, idea AKU sebab berharap akan mendapat mc supaya tak payah datang sekolah dan tak payah siapkan homework lecturer garang huhu

- sapu minyak angin hijau, minyak gamat, bam gamat dan sewaktu dengannya kecuali minyak dagu, idea si TIKAH, malah beliaulah yang menyumbangkan minyak2 tersebut sebab aku tak ada

- tekan bantal kecik kat perut, idea si IQRAM, dia pun ade suruh bawak bantal kecik di kelas kalau aku sakit kat kelas, err takut bantal tu digunakan ketika mengantuk je hehe



wah bermacam2 petua aku dapat, haha aku harap diorang ni boleh jadi doktor satu hari nanti...err anyway perut aku makin sihat lak, idea sape aku guna? perut sembuh setelah membuat blog-walking, wah boleh jadi cara2 nak hilangkan angin ni iaitu berblog walking, selamat mencuba ya!

p/s : OMG, esok mau ke Shah Alam, tapi dah 3suku pagi tak tidur lagi, mampus la kalau lewat atau ngantuk :B

Tuesday, December 15, 2009

arghhh lemas perut aih

Mereka2 ini membuatku lemas !!

Kisah 1
huh ade sorang ni, dia jenis tak boleh menerima kekalahan, ewah2 kau ingat kau akan selamanya berada di atas ke? sekali sekala try la duduk bawah pulak, tapi bila kau dah duduk bawah, menyusahkan orang lagi ade la, mendengar kisah kegagalan kau, hakikatnya aku berada lagi bawah dari kau, tak kecoh macam kau, kau pulak seakan gembira kerana masih berada di atas aku, kau dikira pemenang, namun kau masih tak bersyukur, orang lain lebih dari kau, mungkin kekalahan tak pernah wujud dalam kamus hidup kau, apa2 pun, kau dah buat aku lemas, aku sedih, aku rimas, melayan kau, berubahla wahai kawan, aku akan menjengukmu bila kau dah berubah

Kisah 2
perhatian orang ramai, itu yang kau mahukan kan, pabila semua perhatian kau dapat, kau boleh digelar ratu, namun kau tak begitu dulu, masa pendaftaran, sungguh nerd! Oh my gucci, kau kelihatan seperti minah science yang 24hours bersama komputer, ketebalan spek dan bingkai yang sungguh tak matching dengan raut wajahmu, sekarang kau dah berubah, mungkin ramai orang melihat kau cantik, tapi bagiku kau kelihatan murahan, murah dengan tingkah lakumu yang inginkan perhatian, dan sebab kau, aku nekad untuk berpindah, cis!

Kisah 3
erk nantila aku pikir, perut dah sakit sangat ni, aku benci ah gastrik!!

Saturday, December 12, 2009

kaca dan permata

ketika aku semangat browsing pasal seorang yang bertranseksual, aku mendapat email dari facebook mengatakan dia dah approve friend request aku, err alamak, dahla status aku terang2an tulis nama lelaki tu, huhu terus aku kasi clear status and remove post yang berkaitan, mampus aku kalau die nampak (heh tau takut kena blasah ngan si nyah) menggelabah doh tadi :P






 lepas tu aku menelitila gambar2 yang ade, ternyata memang cantik, betul la perumpamaan melayu menilai kaca dan permata, aku kalau tak tau dia amik pil hormon, sumpah aku ingat perempuan, humm bagi golongan ni, aku ada pendapat sendiri yang aku rasa aku taknak bahaskan, kat page dia pun dah berlambak orang komen sana sini, sakit hati gak dengan apa yang diorang bahaskan, tula cetek ilmu tapi nak cakap lebih kan

isu diorang timbul bila die dah start kawin dengan lelaki lain dan visa lawatan sosial dah tamat tempoh, untuk furter info nah aku kasi link

ape2 pun tepuk dada tanya selera ok :D

Friday, December 11, 2009

aku nak pegi jauh

hoi korang, aku nak tutup menaribagaibintang, amacam?




p/s : azam thn baru, kurangkan shopping, bykkan charity

Saturday, December 5, 2009

handbag ku



yup inilah handbag ku yang diberi nama si kuning hahah, ni dibeli kat ESPRIT  Sunway Pyramid beberapa jam sebelum camping KAP, huhu disebabkan aku kurang suka bercamping, aku amik masa sikit nak bershopping ceriakan hati sebelum bersedih :P

yang bestnye, masa aku p sunway dengan NAD, terserempakla dengan BITTERSWEET, malangnya sebab time tu dah pukul 4pm and aku kena kumpul pukul 5pm dan masih belum packing ape2 lagi, tak sempatla nak lepak2 dengan budak2 BITTERSWEET, takpela korang, maybe next time ek, kte main ice-skating sama2 ek (hehe berangan)

jom tengok ape barang di dalam :)

ok dari kiri

1- Kunci rumah titiwangsa & shah alam

saje aku satukan kunci2 rumah ni, kang tertukar la tertinggal la dah menyusahkan housemate hee especially LINA

2- Bil brodband ataupun berukband

huh baru bayar hari tu, baru 2 bulan delay payment dah nak kena bar

3- Shades ELLE

shades ni sangat best dan menghalang sinaran UV masuk ke mata di samping ada style LADY GAGA haha, sangat berpuas hati dengan pembelian ni dan tak terfikir nak beli yang lain lagi buat masa ni hee thanx to my mother yang tolong bayar :D

4- Lighter

bentuk guitar merah, memang salah satu favourite aku, beli kat Uptown Shah Alam dengan FARID and LOLO tapi kalau gas dia dah abes aku tak tau nak buat macam mana :P

5- SONY Mp3 1G

hehe 1G je tu, beli masa aku diploma lagi, tahan sampai skarang, kalau bagi adek aku pakai, kejap je dah rosak, cuma tengok tali earphone dah berselirat dengan lanyard, selalu jadi camtu, si NAD je rajin betulkan hehe :P

6- Kad pelajar

kad tu dah jahanam sebenarnya, bengkok.. cane jadi? oh masa tu aku pegi pasar malam, tanggalla kad sebab kang orang duk sebut nama yang terpampang segan huhu, tak perasan yang kad tu tak masuk dalam beg tapi terjatuh, so hilangla seminggu, tengok2 kat office faculty ade kad aku tu, tapi dah bengkok, dilanyak kereta ataupun kena panas matahari camtula, nak wat replacement card malas huhu, maka pakaila si zatie kadnya yang bengkok itu :P

7- Getah rambut cute

bukan saje boleh ikat rambut, malah boleh wat ikat paper, nasi bungkus (erk penah buat ke) dan sebagainya..haha multi purpose tau

8- Pendrive KINGSTON 2G

tak taula apsal menyemak dalam handbag, pendrive untuk belajar memang sedia ada dalam pencil case

9- Wallet sementara AVON

wallet ni bertindak sebagai wallet sementara aku sebab belum beli wallet yang dihajati lagi, haish aku ni memilih sikit, paling suka wallet lama yang beli kat ISETAN LOT 10 tapi dah buruk sangat

10- Shopaholic series by SOPHIE KINSELLA

novel ni sangat perlu bila tengah tunggu mak beli barang kat AVON depan MAJU JUNCTION ataupun tengah tunggu adek bersiap lama sangat untuk pegi shopping. novel yang sikit2 menyerupai interest aku huhu:D

barang yang takde dalam handbag tapi biasanya ade :
- kunci encik neo : ayah amik nak tuka minyak hitam
- air mineral : dah abes, tak refill
- tissue : dah abes gak

Wednesday, December 2, 2009

i dah fed up!!

huh grrrrrrr

nilah saat si zatie bertukar menjadi mawas betina

sebab laptop yang lembab

menyukarkan beliau untuk blog walking

cuma beberapa blogger yang bertuah telah ditinggalkan kesan oleh si zatie (comment la)

yang selebihnye, tak berapa bertuah, beliau meminta maaf

mungkin terlampau ber CAFE WORLD, ROCK RIOT, MAFIA WARS, SORRORITY LIFE dan ROLLER COASTER KINGDOM tanpa henti selama seminggu



bukan takmau update, bukan takde idea atau bukan takde mood

kelembabpan (okey tak tau nak eja camne) laptop menjadi punca

arghhhhhhh sekali lagi



bakal mendapat rm1000...tolong aku nak buat apa dengan duit tersebut

1- shopping la handbag, kasut, baju, wallet, make up

2- invest dalam ASB, menjamin mase depan

3- pegi work out kat gym, perut awk tu dah macam nak terberanak

4- beli Windows 7, ganti Vista yang lembab dan lemah
5- bagi je kat follower yang comment kat post ni :P (hehe you wish)