Sunday, February 28, 2010

menyesal, the road not taken

pernah tak berada dalam satu persimpangan
when u dont know which way to go
whether left ot right
but whatever it is
you need to choose the right path (maksudnya jalan yang betul, bukan jalan kanan)
and finally you have make a choice
than you realized that the choice that u've made before wasn't a right one
dan lepas tu, sepanjang hidup korang sangat huru-hara
sebab masa korang atas simpang dulu
korang terpedaya dengan 'signboard' yang mengatakan jalan tu akan membahagiakan korang, not like the other path, yang tak tulis apa-apa

oh god
tu lah yang aku alami sekarang
bukan jalan yang aku pilih
tapi orang
sekarang orang yang tak aku pilih tu sedang bersuka ria dengan his new girlfriend i guess
ok dia dah bahagia, watpe aku kacau kan
stalk dari jauh je la
jauh? oh ya dia kat negara orang
i wish i was there
jalan-jalan kat sana dengan dia
sejuk dan romantik bukan
tapi aku pilih orang yang salah!
well maybe aku tak deserve him
aku kan jahat
dia baik, baik sangat
i miss u :'(

jangan tanya sape dia, sebab korang tak kenal, dia dalam mimpi aku je hahaha (tipu)

Saturday, February 27, 2010

study or not to study?

adoi next week common test, aku ade 5 paper untuk diduduki, baru baca first 2 chapter untuk subjek corporate secretaryship and governance, terus dah bad mood, belambak gila form yang kena hafal

kamis malam kami ke rumah NISA, celebrate her 21st birthday, hoh tua kan, haha aku end of this October pun 21 gak, hoh should think deeply about my future life!

ice cream cake ni sangat sedap ok


haha si birthday girl pasang sendiri lilin :P


ok next story, matrix card aku mengalami bengkokkan yang terlampau, atas nasihat si ARMI aku buatlah baru, dia cakap charge RM5 je, heh sekali aku pegi level 6 bahagian matrix card, dia soh bayar RM30, nak claim dengan ARMI la lagi RM25 tu hahaha
                                                
pandangan hadapan, hoho bengkok gila


                                              
pandangan belakang



Friday, February 19, 2010

bauku baumu jua

hari ni saya nak cakap pasal parfum, perfume, haruman, wangian or whatever

kalau anda perasan, kat botol perfume anda ada tertulis EDP,EDT dan sebagainya, tu sebenarnya jenis2 perfume

Parfum
- paling pekat dan kuat
- paling mahal gak :P

Eau de Parfum (EDP)
- kepekatan kedua tertinggi
- tahan paling kuat pun 8 jam
- sesuai untuk ke majlis formal atau dinner

Eau de Toilette (EDT)
- kurang pekat
- tahan 3-4 jam
- sesuai untuk kegunaan harian, kelas, office atau jamuan ringan

Eau de Cologne (EDC)
- tak pekat langsung
- tahan 2-3 jam
- sesuai waktu kasual dan cuaca panas


KAWASAN YANG PALING EFFECTIVE UNTUK MEMAKAI PERFUME !!!
  • belakang telinga
  • leher
  • lurah dada
  • siku
  • pergelangan tangan
  • hujung jari
  • paha
  • belakang lutut
  • buku lali
hah kau, 9 tempat paling effective, sebulan sebotol kot habis kalau macam ni gayanya hahhah
korang, belikan aku ni satu, nakkkk sangat, pleaseee hehe :P

ayah dah keluar ward :)

Wednesday, February 17, 2010

cuti? cis!

masa aku sekolah rendah, mak ada hantar pegi sekolah agama petang 2 jam, kat kampung baru, ustazah tu sebut cuti "coti". Haha aku selalu gelak2 time dia sebut macam tu, hairannya takde lak dia sebut curi - "cori"
humm whatever

cuti raya cina seminggu ni aku jadi full time driver memandangkan ayah tak sihat,
jumaat     shah alam -> KL
sabtu       KL -> Sri Iskandar
ahad        Sri Iskandar -> Alor Star
isnin         Alor Star -> Sri Iskandar
selasa       Sri Iskandar -> KL
rabu         rumah <-> HKL

nasib baik distance yang dekat, tak jauh yang melampau, rabu (hari ni) nak kena ulang alik hospital dan rumah sebab ayah operation, hopefully everything gonna be okay

sepanjang 4 hari berada di PLUS, aku mendapati police dan khemah belang2 biru putih banyak lepak area kawaasan rehat R&R, mungkin senang bagi depa nak makan dan p toilet


haha aku temankan adek aku breakfast kat hotel sri malaysia, saja nak try mee rebus dia, ada macam mee abbas tak (sila rujuk previous post)
nak makan mee poyo2 pakai chopstick, sangat tak reti, abes bersepah2 mee jatuh..malu doh
cina sebelah meja makan mee pun pakai fork and spoon hahah :D



hoh ni first time aku bergambar dalam honda city ayah, tengah stuck dalam jam, makan pau yang beli kat R&R mana ntah, penipu betul depa yang jual tu, seketul je kaya depa letak, korang tengok pic di atas, aku makan yang bahagian tepung je lebih, cis tak guna betul peniaga zaman sekarang, nak untung lebih!

cuti nak habis, homework tak siap lagi adoi

Sunday, February 14, 2010

jom pi kedah

sorry lama tak jenguk blog hangpa, cheq ni nak habaq mai cheq dah sampai aloq staq, tu dia jalan punyala jam, dengan polis banyaknya, cheq dinasihatkan oleh pak sama mak toksah duk speeding haha

sampai2 ja, teruih cari kedai mee abbas, terletak kat kuala nuuu, hangpa kalau mai aloq staq, baik hangpa pekena sepinggan mee kuah depa ni, kuetiaw goreng pun mantap, tadi cheq konpius nak makan mee kuah ke kuetiaw, ingatkan nak bantai dua2 sekali, tapi mak menakan ikut sama, segan lak nak tibai dua pinggan huhu :P


pergh mee kuah paling mantap lah, dengan harga rm2.80, sangat berbaloi2

psst pak abbas, cheq dah promote mee abbas kat blog cheq, takdak komisyen sikit ka? haha

Wednesday, February 10, 2010

penggilan bertubi-tubi

ok sungguh stress, di kala esok ada quiz Quantitative Analysis for Management, baru je nak bukak buku, kak nad message tanya pasal Singapore, ouh memang sangat nak pegi memandangkan itu merupakan hadiah di atas kejayaan PEERs sepanjang tahun 2009, tapi tarikh yang ditetapkan begitu hampir, urusan pasport dan duit akan menjadi kekangan, kena pulak hari sabtu kena hantar adek balik Kota Bahru  (heh hantar sampai LCCT je pun )

ok next, sangat inginkan Blackberry tapi semuanya nak minggu ni, kena roger ayah cepat2, kalo pakai duit sendiri kena tunggu awal bulan depan la duit masuk, tapi kawan Nisa macam nak cepat je, so kena la settle cepat2, hope ayah bagi, aminnnn (p/s : akak janji belajar sungguh2 lepas dapat BB, promise!)

Internship di Malaysia Airlines, ada masalah, kalau nak tau, kena ym aku la ye, tak leh cerita di sini, kang ade pihak yang terasa hati, masuk paper lak kan, so aku decide untuk apply UMW, kalo tak dapat, TM point depan rumah Nad, last choice mintak tolong pak tam :(


bukan semua yang kita inginkan dapat, mungkin aku tak cukup beramal kat Tuhan kot :(
mendapat 3 saman dalam masa 2 bulan! BENCI!!!