haih budak2 nih, saya nak bagi hadiah pertandingan tapi taknak join, yang e-mail kat saya banyak tanya macam mana tu basic numerologi, yang tu baru korang berminat ek, kepada KAK NAD, hehe maaf lambat post pasal numerologi
gambar saya create pakai microsoft word je, jadi abaikan line merah dan cursor ok hehehe
STEP 1, sediakan rajah seperti di bawah
kepada sesiapa yang rasa kurang jelas, pakailah alat bantuan penglihatan ye sebab saya tak reti nak adjust macam mana heheh
lihat pada petak bawah sekali yang bold sikit tu, yang itulah yang kita nak cari untuk BASIC numerologi ok, sekali lagi saya ulang ini cumalah basic, kalau nak yang lengkap, kena jumpa sendiri dengan kaunselor di uitm, sebab saya tak pro, kaunselor lagi hebat, kalau nak contact number nanti mintak ok
ok dah siap ke gambar rajah tu, seterusnya masukkan tarikh lahir anda di petak paling atas seperti contoh :
STEP 2
yang ABCDEFG tu tak payah tulis, tu cuma untuk guide anda ke step yang seterusnya
untuk dapatkan angka di petak :
-A ->tambahkan 2+7 = 9
-B -> 1+0=1
-C -> 1+9=10 ------> 1+0 = 1
-D -> 8+9=17 ------> 1+7 = 8
-E -> A+B= 9+1 = 10 ------> 1+0 = 1
-F -> C+D= 1+8 = 9
-G -> E+F = 1+9 = 10 -------> 1+0 = 1
****PERHATIKAN setiap kali saya dapat hasil tambah menjadi dua digit (contoh 10,17), saya perlu tambahkan digit pertama dan kedua supaya akhirnya dapat SATU digit sahaja
ok sampai sini confirm ada yang tak faham hahahah nak explain macam mana pun saya tak reti tapi yang penting perlu hanya satu angka sahaja di setiap petak, jika anda dapat dua angka seperti 10 atau 17 atau lain2, anda perlu tambahkan 1+0 atau 1+7 dan sebagainya supaya last2 dapat satu angka faham?
ok lihat contoh saya punya :
STEP 3
taraaaa lihat saya dapat nombor 1!
seterusnya sebelum saya huraikan maksud nombor anda tu, mari kita check pasangan kita pula
STEP 4 :
ok pasangan saya Lee Min Ho dapat nombor 8
HURAIAN NOMBOR :
SATU (logam biasa)
kebijaksanaan, kuasa analisis kuat, susah cari kawan, bila buat silap akan menjadi tamak, teliti, peka, mempunyai daya tarikan kuat terhadap jantina berlainan apabila mencecah umur 34-42 tahun
DUA (air biasa)
perasaan halus, komunikasi baik, bertenang, peramah, menjaga kebersihan, mendengar nasihat dari golongan tua tetapi tak ikut pun, boleh melakukan tugasan, berjaya di usia 45 tahun ke atas, boleh menarik ramai orang bercakap jahat, suka membawa cerita, degilm sensitive, berpotensi untuk berdendam
TIGA (api kecil)
inisiatif, berpandangan jauh, tahu dan faham apa yang dimahukan, boleh jadi kaya dan berharta, boleh mencapai kejayaan sebelum umur 30 tahun, terlalu aggresive, panas baran, sambil lewa, tidak tegas, nakal, berterus terang, turun naik dalam perhubungan, kawan2 menjauhkan diri
EMPAT (kayu biasa)
pengetahuan, suka belajar, berbakat seni dan berjaya dalam peperiksaan, boleh dipercayai, mudah simpati, berkarisma, peramah, suka mengembara dan ceria, berkebolehan sejak muda, jika perempuan - sangat manja, mudah bangkit bila gagal, perlu berhati2 dalam perhubungan, meletakkan standard terhadap sesuatu perkara
LIMA (tanah)
prinsip, kepimpinan yang kuat, berkarisma, jawatan tinggi dalam organisasi, realistik dan tegas, tak suka berangan, jika miskin akan menjadi keras kepala, relax dan tidak cerewet, tidak boleh susah, mempunyai firasat yang kuat, unpredictable
ENAM (logam kuat)
kawalan, mengawal harta benda dan kekayaan, sopan, citarasa tinggi, nak orang tau siapa dia, mata duitan, berjaya dalam pendidikan seni dan keagamaan, target tinggi jika tak dapat akan menjadi sebaliknya, berbangga, tak ambil mudah, tak dengar kata orang lain selain orang atasan, ambil berat tentang anak buah di bawah, berjaya di usia 45 tahun ke atas
TUJUH (air kuat)
networking, ada je kawan, tak lupa sesiapa yang pernah menolong, menghargai kesyukuran dan sentiasa berterima kasih, ghairah dengan cinta, mempunyai passion terhadap apa yang dilakukan, suka argue, sentiasa banyak benda nak cakap, putar belit, menarik orang untuk bercakap buruk, mengejar kemasyarakatan, mudah berubah fikiran, tukar keputusan, tak tegas, masalah dalam perkahwinan
LAPAN (api besar)
kepercayaan, pendiam, passive, bertanggungjawab, tak mainkan orang lain, luar nampak keras tapi dalam lembut, berhati-hati, anak yang baik, tak langgar peraturan, sentiasa stress, perlu cari priority, perfectionist
SEMBILAN (kayu keras)
kejayaan, optimistik, open minded, suka nampak cantik, pintar, sensitive, tahu bila nak serang dan pertahankan diri, tak terperinci, tak ambil berat orang bawah, luar nampak kuat tapi dalam lembut, emotional, tak ramai kawan, berjaya di usia 35 tahun ke atas
okay semua dah tau nombor masing2, apapun huraian di atas berdasarkan kajian manusia juga, jadi kalau tak betul tu jangan la marah okay, sekarang kita campurkan nombor diri sendiri dan pasangan contoh saya nombor 1 campur dengan Lee Min Ho 8 akan mendapat nombor 9
numerologi pasangan (hasil tambah nombor anda dan pasangan)
1 - saling mempercayai
2 - komunikasi, sentiasa bersama, tiada rahsia
3 - hubungan keagamaan
4 - suka membaca dan ilmu
5 - pasangan yang bahaya!!!
6 - suka kawalan, masing2 mempunyai kewangan yang kukuh
7 - tuah, banyak kawan, suka menggunakan kawan
8 - suka mengembara, perfectionist
9 - sukakan kerjaya, kurang kawan (saya dan Lee Min Ho)
yang ni saya tak dapat huraian yang detail sebab kesuntukan masa, tapi jika anda dan pasangan mendapat nombor 5, jangan risau, hubungan boleh dineutralkan bila anda berkahwin dengan pasangan dan mempunyai anak, cuma kena make sure hasil campur anda,pasangan dan anak tidak mendapat nombor 5 ok
sekian
huh tiada pemenang untuk post pertandingan hari raya, ramai suruh buat post numerologi cepat2, hambik kau dah post hahaha