Sunday, September 26, 2010

ini bukan tips make up

ini bukanlah entry tips make up (cuba untuk tidak mengulang tajuk) sebab saya bukanlah jurumekap professional macam Jillian Dempsey ataupun local make up artis seperti lelaki2 lembut yang pandai bermain dengan warna, saya cuma boleh beri pandangan terhadap make up setelah menceburi make up since saya tadika lagi (kantoi main make up emak) :P

Elakkan dari menyimpan make up terlalu lama contohnya macam saya, mascara (yang sapu kat bulu mata), saya jarang pakai benda ni, pakai bila ala special occasion je, jadi lama la saya simpan, bila nak pakai, mascara dah berbau busuk, busuk tu sebab mascara lama, make up akan jadi busuk bila disimpan lama kalau lebih sebulan, jadi tips 'kalau anda jarang pakai make up, tak payah beli, pinjam je dengan kakak atau kawan'   ataupun macam ini, pakai jelah selalu make up anda tu, kalau takda masa, letak je dalam handbag, bosan2 boleh la tenyeh kat muka sendiri atau muka orang lain :P

hah lagi satu ni, saya biasa nampak kawan2 saya yang suka sapu bedak tak kira la compact powder atau loose powder banyak2 kat muka bagi hilang berkilat dan nampak segar, kelemahan yang akan dapat dilihat ialah pada bulu mata, dah jadi putih jugak gara2 sapuan bedak yang banyak, di sinilah mascara memainkan peranan, kalau tak nanti kantoi la anda pakai bedak banyak sangat sampai bulu mata pun putih :P

lastly, kalau orang cakap setiap perempuan mesti ada cermin, saya pulak cakap setiap perempuan mesti ada make up remover, dan anda wajib menyapu make up remover selepas dah sampai rumah dan taknak keluar dah, sebab make up tu mengandungi chemical dan kalau malas nak buang terus pegi tidoq siaplah esok bangun tengok ada jerawat huhuhu, jangan jadi macam pelakon dalam drama2 yang tidur pun ada make up and fake eyelashes pun tak bukak heh, tips 'pakailah pencuci muka yang ada make up remover skali, 2-in-1 lah maksudnya' contoh yang ada cap Body Shop

ragu2 dengan cap Simply Siti sebab saya tak gemarkan warnanya sebab Siti nampak tak cantik dalam iklan Simply Siti tapi bila tengok Siti dalam program raya tu lagi cantik, adakah dia pakai make up lain?

Friday, September 24, 2010

a fairytale wedding

sekarang kat facebook ramai orang duk share video kat atas, especially perempuan lah, lelaki takda nya buat kerja ni, diorang prefer nak share video poligami dan video bola je kan

well it is a perfect fairytale wedding dari hari bersiram, akad nikah, majlis resepsi sampailah malam berinai, sungguh ramai perempuan inginkan wedding macam ni, ada yang siap tag boyfriend diorang lagi kasi tengok dan banyakla reaksi lelaki yang saya dapat

yelah kan bila si girlfriend tersayang inginkan perkahwinan sebegitu rupa, maka si lelaki mula tak tentu arah memikirkan belanja perkahwinan huhuhu kepada lelaki2 tersebut, anda jangan risau ok, girlfriend korang tu kalau tak dapat fairytale wedding pun dia tetap akan kahwin dengan korang insyaallah

saya ini boleh la berangan sebab tengah single mingle :)

saya boleh katakan inilah perfect fairytale wedding, semoga pasangan tersebut kekal sehingga anak cucu, nanti bila dapat anak bolehla buat video macam ni lagi, best :)

today is 24rd sept, my ex's birthday, HAPPY BIRTHDAY stupid!
and also HAPPY BIRTHDAY my lovely ollie :)

Thursday, September 23, 2010

parking dan lift

apa persamaan antara dua benda di atas? Jawapannya ialah dua2 buat saya BIKIN PANAS dan malu hahaha kalau di Sabah mereka akan cakap "kuyak" (tak reti eja)

pagi ini saya bangun agak awal, jam 6, jadi tidur la balik memandangkan office sekangkang kera je dari rumah, terus dah jadi lewat gerak ke office, jam 7.20am, biasanya time camni dah takda parking free, kena masuk yang berbayar RM 3.50

dahla duit ada RM 1 je dalam wallet sampai saya berpuasa seminggu ni, nak taknak terpaksa guna duit raya (sedih gila kan) untuk masuk parking berbayar, yang bengongnya budak parking tu takda duit tukar, hadoi terpaksa lah beli kuih 3 bijik semata2 nak tukar duit (dahla duit takda, puasa pulak tu)

kena pulak makcik kuih tu bagi diskaun, jadi tak dapatlah balance syiling -_-"

ingatkan nak bagi orang parking tu kuih sebab saya tengah puasa tapi tengok2 ada pakcik duk lepak hisap rokok, tak jadi lah nak bagi (saya anti smokers)

nasib baik la budak tu dah ada duit balance, rugi je beli kuih untuk tukar duit haih

dalam lift apa jadi? ada encik yang good-looking tolong tahankan lift untuk saya sebab berangan sangat bila pintu lift dah bukak tapi tak masuk :P

baru sampai level 14 dah kalut nak keluar padahal office kat level 24, aduh rasa bodoh betul pagi nih

terus saya pandang ke dinding lift dan nasib baik bukan lift yang ada cermin, kalau tak dia mesti nampak face expression saya time tu haih

lepas baca balik post ni, nampak bodoh pulak haha, nantikan post raya hari ahad ni kot

Friday, September 17, 2010

Aidilfitri 1431H

Salam aidilfitri guys,sorry for not posting any new entry,well I'll be back to KL tomorrow,nothing much to say just...

MINAL AIDIL WAL FAIZIN

Minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua,saya tau selama ni saya banyak buat salah kat anda,bahasa kasar bukan main,maaf ya

P/s : yang ada kutuk saya belakang tu tak ingat nak minta maaf ke?


-lately saya rasa macam dipergunakan maksudnya bila nak pakai,panggil saya,bila takmau dah,kau campak je,is that the reason why I exist?
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, September 9, 2010

Menanti dia yang bernama lailatul qadar

Ye saya memang menantikannya, lebih2 lagi bila hasrat saya ke mekah untuk mengerjakan umrah terpaksa ditangguhkan,semuanya sebab saya mahu doa saya diperkenankan tuhan

Memang nampak sangat desperate,yalah dengan pengajian yang berbaki 1 semester sebelum melangkah ke dunia pekerjaan,saya berdoa agar semuanya dipermudahkan,kerana dunia pekerjaan ni ternyata banyak bezanya berbanding ketika di universiti

Jadi saya memang menantikan kehadiran malam itu yang dijangka pada 29 ramadhan,iaitu malam semalam,tapi malangnya saya terlupa membawa quran,jadi apa boleh buat,malam lailatul qadar yang dinantikan tiada diisi dengan amalan2,rugi bukan,sekitar jam 2.30am saya terjaga kerana diserang asthma,memang ada ketika itu suasa amat tenang,

Jadi saya harap doa saya diterimaNya walaupun tiada bacaan quran yang meniti dibibir,tiada solat tahujjud yang dilakukan,cuma hanya secebis doa yang dikirim untukNya,semoga doa itu diperkenankan tuhan,amiin...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, September 4, 2010

dari masjid ke masjid

haih budak2 nih, kasi la comment sikit kat post basic numerologi tu, hari tu bukan main lagi beria suruh post cepat2, dah dapat cakap terima kasih pun tidak, live feed tu laju je naik tapi satu pun tarak comment, takpalah adik oi, janji korang puas hati

ok episode dari masjid ke masjid pada malam ini ialah berkenaan SOLAT WITIR

saya pernah pelik satu ketika dulu, kenapa imam akan cakap "witir 3 rakaat 2 salam", memang tak faham la time tu, ikut je orang sebelah buat macam mana, tapi sekarang saya sudah faham jadi kena lah explain kat blog ni kot2 ada yang masih jahil macam saya lagi kan -_-"

menurut mazhab Hanafi, solat witir dilakukan 3 rakaat sekaligus, takda stop2 la, dan pada rakaat terakhir perlu membaca doa qunut (jangan tanya qunut panjang ke pendek hahahha)

seterusnya menurut mazhab Shafie, solat witir dilakukan 2+1 rakaat, kira lepas selesai 2 rakaat baru niat untuk solat 1 rakaat macam yang biasa imam2 kat masjid buat, yang ni doa qunut dibaca pada 15 malam terakhir

ada masjid yang buat 3 rakaat sekaligus ada yang 2+1 rakaat, tapi yang menarik di Masjid Kapitan Keling di Penang, selesai sahaja solat tarawih 20 rakaat, mereka yang mengikut mazhab Hanafi akan bersolat witir dahulu, kemudian selesai sahaja mazhab Hanafi, mereka yang mengikut mazhab Shafie pula akan bersolat witir

masjid kapitan keling, penang