Tuesday, September 22, 2009

mengingati mati

aku tau entry kali ni mesti meng'spoilt'kan mood raya korang..ahha pasal mengingati mati...saat aku tengah berfikir nak shopping kat mana bulan ni, dengan birthday present kawan2 aku lagi..tiba2 aku buka blog ni dan terus bergenang air mata..



mati..memang pasti...takde orang boleh escape...macam cerita final destination..ko buatla ape pun...ko akan jumpa gak dengan kematian...malaikan izrail, alam barzakh, soal jawab di kubur sampailah ke hari kebangkitan...err takot bukan?



aku yang sangat tak boleh menerima perpisahan berharap aku yang pergi dulu sebab aku tak suka tengok orang yang aku sayang pergi dulu..biar aku yang pergi dulu so that aku tak merasakan kesedihan bila orang disayangi mati..sunggoh pentingkan diri kan?



ketika jasad yang tidak bernyawa dimakan ulat? hu ulat sampah pun aku geli nikan ulat yang bakal makan daging2 aku..tapi selamatlah untuk orang yang bertaqwa kepada tuhan, menjaga solat, aurat, maruah...tak macam aku..party all night long hah



tapi dalam blog tu ada 1 ayat yang terus melekat kat otak kuning aku ni



Nabi Muhammad bersabda hati tu akan berkarat. Untuk membersihkan hati cuma membaca al-Quran dan mengingati mati.


insaf seketika...tapi sampai bila yerk


pakai baju kurung hari2 di faculty...apa pendapat korang?

Monday, September 21, 2009

cant figure out any suitable title

huh..tepat 12malam, aku pulang...dari rumah pak menakan (uncle)..ralit sangat tengok EVOLUSI KL DRIFT...berfikir bila aku boleh pro dalam drift...haha in your dream sajalah zatiesiska oi...bawak encik neo auto cane nak wat kan?

tiba2 lelaki itu muncul...cukup perfect...good looking, pandai la juga, kaya, sportman, alim,huh what else?? first time i saw u when i was in part 2, depan lab level 4...haha time tu biasa2 je...
then, pasal buku..haha bengong, buat aku benci gila dia untuk beberapa ketika sampai bila boleh terus tertarik...

everything about u, make people think that im crazy..huh i dont care...as long i can see u...everyday, in front of our faculty's lift..heh berbunga2 lak..yuks doooohhh...

ok now come to the sad part...one day...i saw u..with her...ouch that's hurt..really hurt...pain...
and then, LINA (hehe cik stalker berjaya, oops sorry dear) revealed the truth about the relationship between u and her...okay, now i know what to do...masanya mengundur diri...

well...thats the end of our story...kena move on..yup move on baby....ok time to sleep...

err kat mana aku boleh jumpa lelaki perfect yang lain ye?

Friday, September 18, 2009

tagged by ahm

1) APA YG ANDA RASA SEKARANG?
sedih (chenta ditolak) + mak dah buang bantal busuk.

2) RATE TAHAP KEEMOAN ANDA (1-5)
arhgggghh tahap 5 dah ni..err tahap 10 kot

3)WARNA KESUKAAN ANDA?
pink of course

4) KALAU DIBERI PELUANG, ANDA MAHU JADI ARTIS?
huh boleh gak..senang sikit nak ngorat si Ashraf Muslim tuh

5) BAGI SATU SIKAP YANG ADA PADA ANDA
shopaholic...shopping mall victim arghhh

6) ANDA RASA ADA SESEORANG SEDANG MEMINATI ANDA?
confirm tak de...:'(

7) KALAU ANDA BERDUKA APAKAH YANG ANDA AKAN BUAT?
Baskin Robin 1 cup, bawak encik neo jalan2 kat bukit tinggi, movie sedas..n shopping

TAG 7 ORANG RAKAN ANDA:
- Kuda Kertas
-Orang Lidi (apasal wa rase lu takkan buat tag ni)
- Laila Farhana
- Jari Di Bibir
- Tajul Afiq
- Tikah Mohamad (sila buat di facebook memandangkan anda tiada blog)
- Haja Busuk (begitu juga anda, di facebook ya)

Thursday, September 17, 2009

hari kualiti bersama encik neo



cheque yang ku nantikan sudah di cash..yes rm800 dah di credit dalam bank :)


"akak dah dapat ke cheque yang mak masukkan tu? Jangan lupa tukaq duit raya..RM10 nak 20 keping, RM 5 nak 20 keping"

erk nampaknya esok kena p bank la..lagipun kad ATM Maybank aku dah mereng

pergi shopping raya..bateri handset kong


Baju kurung RM100

Travel handphone charger RM10

Novel RM 40

Selendang raya RM10

Top up RM 30

Buffet Quality Hotel RM 63.30

Pedicure RM 75

Stationary RM6

Deodorant RM 13

Parking fee RM 5



Encik Neo car wash RM 9



Touch N Go RM 50


Bayar hutang Nad RM100

Beli langsir raya RM240





ok dalam masa sehari dan hanya di shah alam dari pukul 4.30pm - 9.00pm zatie sudah gila.....


seharian berjalan, encik Neo kepenatan nampaknya..haha walaupun dah dimandikan di Pusat Komersial Seksyen 7, masa nak buat u-turn untuk ke Kristal kan ada lalu construction kat sebelah kiri tu kan...keluarla sebijik lori pasir...astaga aku baru je hanta encik neo pegi car wash...isk (T_T)





mak dah buang bantal busukku :(

Sunday, September 13, 2009

spa di rumah

Semalam aku sungguh stress sebab nasi beriyani dari rumah si FATIN tumpah atas seat belakang EN.NEO...lepas kemas semua aku bercadang untuk buat spa bagi hilangkan stress...tapi ni spa bodoh2 je...takde la hebat mana pun

ok mula2 sediakan bahan seperti di atas. (dari kiri)
1. Ultra-Softening Body Butter Pure Seduction by VICTORIA'S SECRET
2. Ultra-Softening Body Butter Love Spell by VICTORIA'S SECRET
3. Seaweed Mattifying Day Cream THE BODY SHOP
4. Seaweed Clarifying Toner THE BODY SHOP
5. Elseve Nutri-gloss Intensive Shine Mask L'OREAL
6. Hair-Minimizing Lotion AVON
7. Anew Rejuvenate 24hour eye cream AVON
8. Nail Color White ELIANTO
9. Nail Color Transparent ELIANTO

Kemudian, mandi selama setengah jam. Lepas tu amik Elseve Nutri-gloss Intensive Shine Mask L'OREAL, sapukan ke rambut yang dah kusut sekerat, balut kepala dengan towel...

Lepas tu, amik Ultra-Softening Body Butter Pure Seduction by VICTORIA'S SECRET atau
Ultra-Softening Body Butter Love Spell by VICTORIA'S SECRET dan sapukan ke seluruh badan dari leher sampaila ke kaki...badan anda akan terasa sungguh wangi :)

Kemudian, sapu Seaweed Clarifying Toner THE BODY SHOP diikuti dengan Seaweed Mattifying Day Cream THE BODY SHOP sebab kulit muka aku dah jadi kering akibat dah lama tak menggunakan mereka ini..huh bangun lewat dengan banyak kerjanya mana nak dan kan

biasanya aku wat pedicure sekali..rendam dengan garam papermint lepas tu buat scrub sikit tonyoh2 daki tapi peralatan tu tertinggal di rumah KL..takpela pakai yang ada je..sapukan Hair-Minimizing Lotion AVON di betis untuk meminimizekan pertumbuhan bulu kaki...heh tak dela nampak lebat macam orang utan :P

ooops..dah lama ni...kena basuh rambut...basuh bersih-bersih dan lapkan hingga kering..tips dari seorang model ada cakap jangan lap rambut anda...balutkan sahaja dengan towel untuk mengelakkan rambut gugur dengan banyaknya...paling penting..no hair dryer (erk tapi kalau pegi salon pkai hair dryer kan)

kemudian sapukan Nail Color White ELIANTO dan Nail Color Transparent ELIANTO di kuku anda...motif aku menggunakan color putih & transparent ialah sebab nak wat french manicure..heh tengah belajar nih...

Lastly sapukan Anew Rejuvenate 24hour eye cream AVON untuk menghilangkan eyebag yang dah nampak macam panda dah nih...memang tak dapat nak dinafikan aku mempunyai eyebag yang cukup tebal...disebabkan tidur lewat dan juga aku ni tak sihat sebenarnya...balak aku macam tak percaya melihatkan eyebag sampai dia cakap aku make up bagi nampak smokey..hah tak de masa okay...orang patut bagi mata nampak cantik..ni bagi nampak lagi burok ape jadahnya wat make up lukis eyebag kan...hah lagi satu, ada juga manusia cakap aku pakai contact lens..oh tidak mungkin ya...mataku semulajadi coklat..bukan fake ya

akhirnya boleh tidur dengan aman selepas sesi spa di rumah selama satu jam..berminat? datangla ke rumah ya

Saturday, September 5, 2009

gender discrimination


Alamak aku tak ada picture yang bagus la untuk tajuk post ni..senyum lak laki perempuan ni ish



humm penyakit gender discrimination..erk penyakitkah? atau fenomena? tak kesahla apa pun tapi sedar tak sedar benda nilah yang wujud dalam dunia persekolahan, peruniversitian dan juga pekerjaan. Aku dah jumpa gender discriminstion dlm 2 fasa pertama iaitu persekolahan dan peruniversitian tapi belum lagi di fasa pekerjaan.

masa aku sekolah dulu, agak susah la nak mendapat peluang & markah kalau ada beberapa lelaki yang agak show off, boleh tahan kacak, kaya la jugak dalam kelas. Well diorang ni akan dapat lebih perhatian. Aku & kawan-kawan agak terkilan kenapa boleh jadi macam tu kalau kita compare hasil kerja diorang dengan kitorang jauh langit & bumi. Satu hari, budak2 show off ni telah mengecewakan guru tersebut dan bermula hari itu, dia dah kecewa nak mengajar. Huh tak patut sungguh. Dia ingat budak2 tu je ke student diorang, habis tu kami ni sape pulak ek? Patut ke ade sifat gender discrimination ni korang?

masa universiti, lebih kurang dengan cerita atas ni, ada cerita baru jugak, tapi dalam masa yang sama aku pun ada buat kesilapan yang mungkin membuatkan itu sebab lecturer tidak mengendahkan aku tapi masalahnya semua orang perasan terhadap layanan lecturer itu terhadap kaum yang lagi satu. Huh kalau aku sorang je perasan aku tak kesah sangat. Apa2 pun, tengah bulan Ramadhan ni, tak nak la mengutuk lebih2 kan. Huhu lagipun cerita ni masa aku diploma dulu hah. Sekarang ade lagi ke ek? hehe malas nak explain. Hah lagi sekali aku tanya, patut ke ade sifat gender discrimination ni korang??

kalau di alam pekerjaan nanti, if pangkat kita cuma secretary company, maybe gender discrimination terhadap kaum lelaki pulak sebab bos baik dengan ladies subordinates. Tapi macam mana pula kalau bos tu perempuan? Company lain takut nak buat project sebab managing director perempuan, takut project tak jalan la, perempuan tak reti handle business la. Huh dah tu perempuan forever masak kat rumah je ke? Sekali lagi aku tanya, patut ke ada sifat gender discrimination ni korang????

well aku tahu manusia dicipta mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Lelaki bagus dalam certain things & perempuan bagus dalam certain things. Cuma isu gender discrimination ni dicipta oleh manusia sendiri yang akal sempit & erkk tak tahu la perkataan yang sesuai di sini haha. Bagila orang lain peluang untuk tunjukkan apa kelebihan dia & nilai seseorang itu berdasarkan kemampuan mereka, bukannya paras rupa atau jantina. DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER ya.

2 minggu lagi nak balik kampung. Dah takda mood nak pegi kelas ni macam mana? Jom bercountdown sampai hari raya :D

Thursday, September 3, 2009

conclusion poll

erk aku nak bagi number kat conclusion poll tapi lupa lak ni poll yang ke berapa aku buat..tak kesah la ek
JUADAH BERBUKA MANA YANG BESH?
Ayam percik : 62%


Murtabak : 25%



Bubur lambuk : 6% (aku vote ni)


Kuih muih : 6%








haha gila la aku buat conclusion masa pukul 6.40pm...tak lapar ke cik zatie oi..huhu sangatla lapar ye..hari ni sangatla letih dengan class nye..jam lagi..OMG kasut primavera aku tertinggal kat PKNS sebab hari tu hantar untuk betulkan tapak..hu siapa boleh tolong amikkan?
hidup sangat tak terurus dah..nasib baik housemate masak...kalau tak..terdampar la aku sorang2 tak larat..isk sadis sekali bukan? humm nak baca blog korang malam nanti la ek..lepas siap homework tax..
as usual...vote kat new poll okay :)
erkhs apela aku present masa INTERNATIONAL BUSINESS tadi..penyakit darah gemuruh kembali lagi...kali terakhir penyakit ni datang masa presentation FINANCIAL REPORTING last semester..dengan sir ****