Saturday, September 5, 2009
gender discrimination
Alamak aku tak ada picture yang bagus la untuk tajuk post ni..senyum lak laki perempuan ni ish
humm penyakit gender discrimination..erk penyakitkah? atau fenomena? tak kesahla apa pun tapi sedar tak sedar benda nilah yang wujud dalam dunia persekolahan, peruniversitian dan juga pekerjaan. Aku dah jumpa gender discriminstion dlm 2 fasa pertama iaitu persekolahan dan peruniversitian tapi belum lagi di fasa pekerjaan.
masa aku sekolah dulu, agak susah la nak mendapat peluang & markah kalau ada beberapa lelaki yang agak show off, boleh tahan kacak, kaya la jugak dalam kelas. Well diorang ni akan dapat lebih perhatian. Aku & kawan-kawan agak terkilan kenapa boleh jadi macam tu kalau kita compare hasil kerja diorang dengan kitorang jauh langit & bumi. Satu hari, budak2 show off ni telah mengecewakan guru tersebut dan bermula hari itu, dia dah kecewa nak mengajar. Huh tak patut sungguh. Dia ingat budak2 tu je ke student diorang, habis tu kami ni sape pulak ek? Patut ke ade sifat gender discrimination ni korang?
masa universiti, lebih kurang dengan cerita atas ni, ada cerita baru jugak, tapi dalam masa yang sama aku pun ada buat kesilapan yang mungkin membuatkan itu sebab lecturer tidak mengendahkan aku tapi masalahnya semua orang perasan terhadap layanan lecturer itu terhadap kaum yang lagi satu. Huh kalau aku sorang je perasan aku tak kesah sangat. Apa2 pun, tengah bulan Ramadhan ni, tak nak la mengutuk lebih2 kan. Huhu lagipun cerita ni masa aku diploma dulu hah. Sekarang ade lagi ke ek? hehe malas nak explain. Hah lagi sekali aku tanya, patut ke ade sifat gender discrimination ni korang??
kalau di alam pekerjaan nanti, if pangkat kita cuma secretary company, maybe gender discrimination terhadap kaum lelaki pulak sebab bos baik dengan ladies subordinates. Tapi macam mana pula kalau bos tu perempuan? Company lain takut nak buat project sebab managing director perempuan, takut project tak jalan la, perempuan tak reti handle business la. Huh dah tu perempuan forever masak kat rumah je ke? Sekali lagi aku tanya, patut ke ada sifat gender discrimination ni korang????
well aku tahu manusia dicipta mempunyai kelebihan & kekurangan masing-masing. Lelaki bagus dalam certain things & perempuan bagus dalam certain things. Cuma isu gender discrimination ni dicipta oleh manusia sendiri yang akal sempit & erkk tak tahu la perkataan yang sesuai di sini haha. Bagila orang lain peluang untuk tunjukkan apa kelebihan dia & nilai seseorang itu berdasarkan kemampuan mereka, bukannya paras rupa atau jantina. DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER ya.
2 minggu lagi nak balik kampung. Dah takda mood nak pegi kelas ni macam mana? Jom bercountdown sampai hari raya :D
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

6 comments:
hmm.. lumrah la.. btw zati, susah nk bace hasil nukilan awk cos ur font colour tenggelam dlm kaler background.. huhuh~
aku ponteng kelas arab tadi
uhh..diskriminasi jantina tu kt mne2 je ade..dia bgantung kpd sifat2 dlm dri gak..kalo da dlm dri tu ego dia m'lampau2..xksh laki ke pmpn mne2 pon akn mendiskriminasi org lain..
hehehe..rse cam mrepek lak..
hahaa.. judge lah de book by it content kan? haha..
fain, sbab utp blok sesuatu, kite punya komputer x dpt tgk layout sbenanye.. sbabtu nmpak tnggelam dgn warne pink.. pdhal warne layout ni ok je.
fain : heh fain ni ssh sikit kalo kaler pink :P
sara : third language la plg besh..ponteng watpe cis
kuda kertas : ape kate kalo kte eliminate gender discrimination itu
oranglidi : isk utp nk block blog gk ke..
a'ah zati.. sume bnde kalo boleh utp nk blok.. layout awk ni pon utp blok gk. x paham
Post a Comment