Tuesday, August 31, 2010

BASIC numerologi

haih budak2 nih, saya nak bagi hadiah pertandingan tapi taknak join, yang e-mail kat saya banyak tanya macam mana tu basic numerologi, yang tu baru korang berminat ek, kepada KAK NAD, hehe maaf lambat post pasal numerologi

gambar saya create pakai microsoft word je, jadi abaikan line merah dan cursor ok hehehe

STEP 1, sediakan rajah seperti di bawah



kepada sesiapa yang rasa kurang jelas, pakailah alat bantuan penglihatan ye sebab saya tak reti nak adjust macam mana heheh

lihat pada petak bawah sekali yang bold sikit tu, yang itulah yang kita nak cari untuk BASIC numerologi ok, sekali lagi saya ulang ini cumalah basic, kalau nak yang lengkap, kena jumpa sendiri dengan kaunselor di uitm, sebab saya tak pro, kaunselor lagi hebat, kalau nak contact number nanti mintak ok

ok dah siap ke gambar rajah tu, seterusnya masukkan tarikh lahir anda di petak paling atas seperti contoh :

STEP 2


yang ABCDEFG tu tak payah tulis, tu cuma untuk guide anda ke step yang seterusnya

untuk dapatkan angka di petak :

-A ->tambahkan 2+7 = 9
-B -> 1+0=1
-C -> 1+9=10 ------> 1+0 = 1
-D -> 8+9=17 ------> 1+7 = 8
-E -> A+B= 9+1 = 10 ------> 1+0 = 1
-F -> C+D= 1+8 = 9
-G -> E+F = 1+9 = 10 -------> 1+0 = 1

****PERHATIKAN setiap kali saya dapat hasil tambah menjadi dua digit (contoh 10,17), saya perlu tambahkan digit pertama dan kedua supaya akhirnya dapat SATU digit sahaja

ok sampai sini confirm ada yang tak faham hahahah nak explain macam mana pun saya tak reti tapi yang penting perlu hanya satu angka sahaja di setiap petak, jika anda dapat dua angka seperti 10 atau 17 atau lain2, anda perlu tambahkan 1+0 atau 1+7 dan sebagainya supaya last2 dapat satu angka faham?

ok lihat contoh saya punya :

STEP 3

taraaaa lihat saya dapat nombor 1!

seterusnya sebelum saya huraikan maksud nombor anda tu, mari kita check pasangan kita pula

STEP 4 :


ok pasangan saya Lee Min Ho dapat nombor 8

HURAIAN NOMBOR :

SATU (logam biasa)
kebijaksanaan, kuasa analisis kuat, susah cari kawan, bila buat silap akan menjadi tamak, teliti, peka, mempunyai daya tarikan kuat terhadap jantina berlainan apabila mencecah umur 34-42 tahun

DUA (air biasa)
perasaan halus, komunikasi baik, bertenang, peramah, menjaga kebersihan, mendengar nasihat dari golongan tua tetapi tak ikut pun, boleh melakukan tugasan, berjaya di usia 45 tahun ke atas, boleh menarik ramai orang bercakap jahat, suka membawa cerita, degilm sensitive, berpotensi untuk berdendam

TIGA (api kecil)
inisiatif, berpandangan jauh, tahu dan faham apa yang dimahukan, boleh jadi kaya dan berharta, boleh mencapai kejayaan sebelum umur 30 tahun, terlalu aggresive, panas baran, sambil lewa, tidak tegas, nakal, berterus terang, turun naik dalam perhubungan, kawan2 menjauhkan diri

EMPAT (kayu biasa)
pengetahuan, suka belajar, berbakat seni dan berjaya dalam peperiksaan, boleh dipercayai, mudah simpati, berkarisma, peramah, suka mengembara dan ceria, berkebolehan sejak muda, jika perempuan - sangat manja, mudah bangkit bila gagal, perlu berhati2 dalam perhubungan, meletakkan standard terhadap sesuatu perkara

LIMA (tanah)
prinsip, kepimpinan yang kuat, berkarisma, jawatan tinggi dalam organisasi, realistik dan tegas, tak suka berangan, jika miskin akan menjadi keras kepala, relax dan tidak cerewet, tidak boleh susah, mempunyai firasat yang kuat, unpredictable

ENAM (logam kuat)
kawalan, mengawal harta benda dan kekayaan, sopan, citarasa tinggi, nak orang tau siapa dia, mata duitan, berjaya dalam pendidikan seni dan keagamaan, target tinggi jika tak dapat akan menjadi sebaliknya, berbangga, tak ambil mudah, tak dengar kata orang lain selain orang atasan, ambil berat tentang anak buah di bawah, berjaya di usia 45 tahun ke atas

TUJUH (air kuat)
networking, ada je kawan, tak lupa sesiapa yang pernah menolong, menghargai kesyukuran dan sentiasa berterima kasih, ghairah dengan cinta, mempunyai passion terhadap apa yang dilakukan, suka argue, sentiasa banyak benda nak cakap, putar belit, menarik orang untuk bercakap buruk, mengejar kemasyarakatan, mudah berubah fikiran, tukar keputusan, tak tegas, masalah dalam perkahwinan

LAPAN (api besar)
kepercayaan, pendiam, passive, bertanggungjawab, tak mainkan orang lain, luar nampak keras tapi dalam lembut, berhati-hati, anak yang baik, tak langgar peraturan, sentiasa stress, perlu cari priority, perfectionist

SEMBILAN (kayu keras)
kejayaan, optimistik, open minded, suka nampak cantik, pintar, sensitive, tahu bila nak serang dan pertahankan diri, tak terperinci, tak ambil berat orang bawah, luar nampak kuat tapi dalam lembut, emotional, tak ramai kawan, berjaya di usia 35 tahun ke atas


okay semua dah tau nombor masing2, apapun huraian di atas berdasarkan kajian manusia juga, jadi kalau tak betul tu jangan la marah okay, sekarang kita campurkan nombor diri sendiri dan pasangan contoh saya nombor 1 campur dengan Lee Min Ho 8 akan mendapat nombor 9

numerologi pasangan (hasil tambah nombor anda dan pasangan)

1 - saling mempercayai
2 - komunikasi, sentiasa bersama, tiada rahsia
3 - hubungan keagamaan
4 - suka membaca dan ilmu
5 - pasangan yang bahaya!!!
6 - suka kawalan, masing2 mempunyai kewangan yang kukuh
7 - tuah, banyak kawan, suka menggunakan kawan
8 - suka mengembara, perfectionist
9 - sukakan kerjaya, kurang kawan (saya dan Lee Min Ho)

yang ni saya tak dapat huraian yang detail sebab kesuntukan masa, tapi jika anda dan pasangan mendapat nombor 5, jangan risau, hubungan boleh dineutralkan bila anda berkahwin dengan pasangan dan mempunyai anak, cuma kena make sure hasil campur anda,pasangan dan anak tidak mendapat nombor 5 ok

sekian

huh tiada pemenang untuk post pertandingan hari raya, ramai suruh buat post numerologi cepat2, hambik kau dah post hahaha

Thursday, August 26, 2010

PERTANDINGAN SEMPENA HARI RAYA

wah wah wah, first time menaribagaibintang menganjurkan pertandingan

sebelum saya mengemukakan terma dan syarat, baik saya cerita dulu macam mana terdetik nak buat pertandingan

hari tu mak call suruh cari orang yang masih terima tempahan kuih raya, huh memang susah la, semua taknak buat dah, terus saya cari kawan2 blogger yang jual cupcakes nasib baik dia boleh terima order lagi


masalahnya saya beli 3 kotak, satu untuk saya, satu untuk orang rumah di shah alam, satu untuk nad, tapi dia boleh deliver waktu malam saja, susah la sikit, kalau nak pergi tempat dia kat bandar sungai long lagi la tak reti, dengan gps pun takdak hahaha sesat

jadi saya mengambil keputusan untuk bagi satu kotak bahagian saya tu untuk follower yang bertuah

terma dan syarat :
- mesti berada di plaza alam sentral shah alam pada 31st august (untuk orang tu deliver kuih raya)

cara-caranya :
- mula2 saya ingat nak suruh anda pos kad raya ke rumah saya, tapi sebab masa dah suntuk, ditambah lagi posmen cuti jadi saya batalkan cara ni
- jadi cara yang betul ialah dengan :

"SILA TINGGALKAN KOMEN DI POST INI, KOMEN MESTILAH BERBENTUK UCAPAN HARI RAYA YANG KREATIF"

- ucapan seperti ini dianggap tidak kreatif "selamat hari raya, maaf zahir batin"
- jadi siapa cepat dia dapat
- tapi mesti ikut syarat tempat dan masa macam saya sebut kat atas
- pemenang akan diumumkan pada 30 august jam 11pm
- jika tiada orang komen heh maklumlah blog tak popular, kuih raya akan dibahagikan sesama orang rumah saya dan nad heheh

SEMOGA BERJAYA :)


hehe hari tu menyesal buat rambut kerinting tapi sekarang suka pulak :)
-nantikan post BASIC numerologi akan datang

Monday, August 23, 2010

suara itu

hari ni kelam kabut sikit, kami tak ingat mana swipe card parking letak kat mana, susah takda benda tu, nak keluar masuk nanti banyak soal jawabnya, cari punya cari akhirnya jumpa jugak, pukul 9 sampai di masjid xxx (refer post sebelum2 ni)

dah terlepas solat jemaah isya' la kan, takpalah kami solat sendiri2 je, bila start tarawih terus saya tersentap, dengar suara imam tahfiz malam ni, punyalah merdu seperti robin hood memanah tepat ke hati saya, terus saya rasa sangat tenang tak macam hari2 biasa

sungguh itu pertama kali saya dengar, terima kasih kepada pemilik suara itu kerana berjaya menenangkan hati saya yang tak berapa best semenjak dua menjak ni

kenapa hati saya tak seronok, tak gembira? hummm bila orang tanya kenapa, saya prefer jawab sebab hari isnin, sebab rambut dah kerinting

tapi jawapan sebenar ialah sebab saya berada di rumah, penuh dengan bebelan si ibu dan ayah, humm saya dah letih nak mendengar semua tu sebab tu saya sedih semacam

tapi bila difikirkan balik, lebih baik kita mendengar selagi kita masih boleh mendengar, maksud saya di sini manalah tau ajal kita tak panjang ataupun bila kita dah berjauhan dengan keluarga, baru rasa rindu nak mendengar

saya bukannya apa, saya tengah mendidik diri sendiri untuk menjadi orang baik, mungkin orang di luar akan cakap "eleh takat bulan ramadhan je baik, lepas tu terus jadi syaitan" bagi saya, lebih baik ada jugak la sebulan untuk jadi baik daripada setahun tak sedar2 diri kan

sepanjang bulan ramadhan ni saya banyak berdoa untuk rezeki keluarga, pelajaran saya yang berbaki satu semester lagi, kerjaya saya di masa hadapan dan juga doa khas untuk seseorang, ye saya tahu seseorang itu seseorang yang mustahil, tapi tak apalah kan, sekadar ingin mencuba nasib

semoga tuhan kuatkan hatiku untuk terus menjadi anak yang baik mendengar kata, tahan segala bebelan dan tidak melawan kata mereka...amiiin



sangat rindu bau bunga rose, harap saya masih ingat baunya.....

jangan malas!

kalau anda nak tau, saya tengah merotan diri sendiri supaya jangan malas nak berbelog, kalau malas baik tutup saja kan

ok mari start cerita weekend lepas, bersuka ria di shah alam

pagi2 ke dewan kuliah F untuk bengkel numerologi
hehe comel kan gambar ni, saya yang paling belakang tersenyum cantik tu :)

apa tu numerologi? nak terangkan tak pandai, tapi dia melibatkan personaliti menerusi tarikh lahir kita, macam saya dapat unsur logam dan bernombor 1, untuk Lee Min Ho saya ada kirakan dan dia unsur api besar dan bernombor 8, gabungan kami menghasilkan nombor 9 bermaksud hubungan kerjaya

heh tak faham kan apa saya membebel ni, takpa nanti siapa berminat saya bukak post untuk numerologi tapi basic punya la, yang detail tak boleh bagi, takut terpesong akidah!

lepas tu saya ke Thomas and Guys salon, kesilapan terbesar dilakukan ketika ke salon pada weekend, ramai la manusia nak dapatkan rambut raya, dan hair stylist anda akan jarang bersama anda, teruk tak best macam hari biasa


saya = alien

saya mengambil keputusan nak kerintingkan rambut hahaha akhirnya menyesal sebab rambut jadi pendek dan aneh dan alien! emak pun suruh buat rebonding balik kasi lurus, haih tak cukup duit ni, tak palah kasi kerinting setahun dulu baru luruskan balik

* tips : kalau nak rambut nampak panjang, rebonding lah rambut anda dan kalau nak nampak pendek, sila perm ok

* tips : jika anda menggunakan shampoo untuk anti-kelemumur, gunakan hanya di kulit kepala anda, untuk rambut pula kena guna shampoo yang lain (2 shampoo berbeza faham?)

selepas tu saya berbuka bersama Tajul, kak nad dan AJK Peers 2010 di padang MBSA, bersama mereka saya rasa macam dalam satu family, mana taknya siap ada tikar, bakul, air basuh tangan, cawan haha complete la, kalau zaman kami nak picnic kat padang tu, pakai suratkhabar sebagai alas, air pun beli kat kedai depan tu, gelas takde la haha kerja gila

malam tu mereka ajak main bowling, huh saya prefer berehat di rumah sambil sembang2 dengan Lina 

kemudian kami bersahur di Intekma Resort, sambil sahur sambil berdebat pasal numerologi hehe, cuma rasa tak cukup macam time sahur tahun lepas, ramai tak join kali ni, maklumlah semua dah mengikut haluan masing2, susah nak kumpul bagi semua ada


ini tahun lepas punya gambar, miss u guys a lot!



saya masih ada lagi kad raya berbaki 2 keping, jadi cepat dapatkannya ya, sila send alamat rumah anda ke email saya zatierahman@gmail.com

Tuesday, August 17, 2010

Budak-budak sekarang

Tarikh : 15th august 2010
Lokasi : masjid xxx

Lepas saya dan emak menghabiskan rakaat tarawih ke 8,kami terus ke bahagian belakang masjid untuk baca quran,bila turn mak baca,mata saya melilau la tengok tempat lain,lepas tu yang mengherankan ada 2 budak laki besar gajah la saya estimate umur dalam tingkatan 3-4 duk lari2 kat tempat perempuan,skali mak marah2 diorang boleh gelak2 pulak,kurang ajar bukan?

Tarikh : 16th august 2010
Lokasi : masjid xxx

Hah kali ni lagi kurang ajar,baru rakaat ke6 saya dah mengantuk,rupa2nya time tu budak2 kurang ajar semalam tengah selongkar bag makcik sebelah saya,macam mana boleh jadi? Bila angin tiup langsir,budak tu buat projek la,makcik tu perasan bila sujud,ada bunyi selongkar,tengok2 dalam wallet kosong habis,kerugian dalam rm100++,terus saya bukak paperbag saya kot2 blackberry dia sapu gak,alhamdulillah dia tak amik,kalau dia sapu memang mintak penampar lah budak tuh

Nak kejar tak sempat,dia sempat keluar masjid cepat2,duit tu mesti nak pakai buat beli rokok,mercun ataupun dvd 18sx,budak2 sekarang tak boleh percaya,sian kat makcik tu,dahla ibu tunggal

Ibu dan bapa tolonglah awasi anak anda,takda lah benda2 tak elok ni jadi,tambah lagi kes buang bayi segala,sebelum perkara ni jadi serius,baik buat tindakan sekarang

-pakcik mesjid cakap tahun lepas budak2 tu keluarkan duit masjid dalam peti besi,caranya amik chewing gum letak kat lidi,lepas tu jolok kat lubang,duit pun melekat la kat lidi tu (don't try this at home ya)
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, August 15, 2010

14 august 2010

mari kita lihat apa rutin saya hari ini

4.00am :
kejut mak sahur lepas tu saya tidur balik, kenyang lagi makan supper malam tadi

6.15am :
subuh, sambung tidur

9.00am :
mak jerit suruh bangun, hantar adek jumpa kawan dia kat midvalley, patutnya saya ikut sama shopping tapi keluar dengan kawan2 adek tu bosan (pernah ikut sekali)

9.30am :
huh tanpa diberitahu, ayah suruh pergi pasar beli udang dan sayur, baju cantik2 dengan kasut cantik sangat tak sesuai ke pasar, apa boleh buat, di bulan ramadhan ni tak baik melawan -_-"

11.00am :
balik rumah, tengok drama melayu

2.00pm :
ambik adek kat monorail titiwangsa, terus ke jusco wangsa maju, shopping :)
saya beli satu baju kurung tapi rugi tak test dulu, tak muat ok, esok kena pergi lagi nak tukar size -_-"

berkenan dengan 2 kasut tapi tak de duit mau beli

hehe zebra macam DYE n ENON, ada less 20% tapi masih tidak mampu T_T

sempat lagi berangan scene dalam cerita boys over flower time Geum Jan Di tengok kasut cantik lepas tu ada 2 orang lelaki belikan kasut macam tu untuk dia, humm beruntung bukan?

kasut lagi satu tak amik gambar sebab ramai sangat pekerja dia dok perhati saya


lepas tu saya membeli DONASHI, hahah lama dah teringin tapi baru kali ni dapat makan, rasanya ermmm rasanya tak macam rupanya yang cantik la, rasa biasa je and tanak beli dah next time :P

sekotak ada 18bijik, RM20


hoho gambar ni diambil jam 6.30pm, belum bukak puasa lagi tau, saja nak eksyen kamen :D
oh chopstick tu pun dia bagi, tapi ayah tak bagi makan pakai benda tu :(

dah lah, nak stop sampai sini je, esok nak bangkit awai sebab kena hantar adek pi LCCT, flight pukul 7.40am LCCT-Kota Bahru

Sunday, August 1, 2010

letter to Lee Min Ho 1

Dear Lee Min Ho,

My name is Zatiesiska and I am one of your big fan in Malaysia. I wrote to you this letter because I think we would make a great pen pal match.


Unfortunately I got no idea where to post this letter. Hummm poor me for not knowing your address, but it's okay, I publish to my blog so that I don't have to buy stamp to post this letter to Seoul hahahah.

Yesterday I read about you in one of my friend's blog about you are in Singapore. Well I am quite mad after reading that article because you never telling me that you are in Singapore but it's okay, I hope next time we can meet and hang up together right?

Let me tell you a little bit about myself. I am 21 years old and live in Kuala Lumpur, Malaysia. Try googling some info about Malaysia and I bet you will love it.

I hope to hear from you soon. You can reach me at zatierahman@gmail.com and I will reply to you as soon as possible.



Your Pal,

-bunga zatiesiska-