wah wah wah, first time menaribagaibintang menganjurkan pertandingan
sebelum saya mengemukakan terma dan syarat, baik saya cerita dulu macam mana terdetik nak buat pertandingan
hari tu mak call suruh cari orang yang masih terima tempahan kuih raya, huh memang susah la, semua taknak buat dah, terus saya cari kawan2 blogger yang jual cupcakes nasib baik dia boleh terima order lagi
masalahnya saya beli 3 kotak, satu untuk saya, satu untuk orang rumah di shah alam, satu untuk nad, tapi dia boleh deliver waktu malam saja, susah la sikit, kalau nak pergi tempat dia kat bandar sungai long lagi la tak reti, dengan gps pun takdak hahaha sesat
jadi saya mengambil keputusan untuk bagi satu kotak bahagian saya tu untuk follower yang bertuah
terma dan syarat :
- mesti berada di plaza alam sentral shah alam pada 31st august (untuk orang tu deliver kuih raya)
cara-caranya :
- mula2 saya ingat nak suruh anda pos kad raya ke rumah saya, tapi sebab masa dah suntuk, ditambah lagi posmen cuti jadi saya batalkan cara ni
- jadi cara yang betul ialah dengan :
"SILA TINGGALKAN KOMEN DI POST INI, KOMEN MESTILAH BERBENTUK UCAPAN HARI RAYA YANG KREATIF"
- ucapan seperti ini dianggap tidak kreatif "selamat hari raya, maaf zahir batin"
- jadi siapa cepat dia dapat
- tapi mesti ikut syarat tempat dan masa macam saya sebut kat atas
- pemenang akan diumumkan pada 30 august jam 11pm
- jika tiada orang komen heh maklumlah blog tak popular, kuih raya akan dibahagikan sesama orang rumah saya dan nad heheh
SEMOGA BERJAYA :)
hehe hari tu menyesal buat rambut kerinting tapi sekarang suka pulak :)
-nantikan post BASIC numerologi akan datang

No comments:
Post a Comment