Monday, August 23, 2010

suara itu

hari ni kelam kabut sikit, kami tak ingat mana swipe card parking letak kat mana, susah takda benda tu, nak keluar masuk nanti banyak soal jawabnya, cari punya cari akhirnya jumpa jugak, pukul 9 sampai di masjid xxx (refer post sebelum2 ni)

dah terlepas solat jemaah isya' la kan, takpalah kami solat sendiri2 je, bila start tarawih terus saya tersentap, dengar suara imam tahfiz malam ni, punyalah merdu seperti robin hood memanah tepat ke hati saya, terus saya rasa sangat tenang tak macam hari2 biasa

sungguh itu pertama kali saya dengar, terima kasih kepada pemilik suara itu kerana berjaya menenangkan hati saya yang tak berapa best semenjak dua menjak ni

kenapa hati saya tak seronok, tak gembira? hummm bila orang tanya kenapa, saya prefer jawab sebab hari isnin, sebab rambut dah kerinting

tapi jawapan sebenar ialah sebab saya berada di rumah, penuh dengan bebelan si ibu dan ayah, humm saya dah letih nak mendengar semua tu sebab tu saya sedih semacam

tapi bila difikirkan balik, lebih baik kita mendengar selagi kita masih boleh mendengar, maksud saya di sini manalah tau ajal kita tak panjang ataupun bila kita dah berjauhan dengan keluarga, baru rasa rindu nak mendengar

saya bukannya apa, saya tengah mendidik diri sendiri untuk menjadi orang baik, mungkin orang di luar akan cakap "eleh takat bulan ramadhan je baik, lepas tu terus jadi syaitan" bagi saya, lebih baik ada jugak la sebulan untuk jadi baik daripada setahun tak sedar2 diri kan

sepanjang bulan ramadhan ni saya banyak berdoa untuk rezeki keluarga, pelajaran saya yang berbaki satu semester lagi, kerjaya saya di masa hadapan dan juga doa khas untuk seseorang, ye saya tahu seseorang itu seseorang yang mustahil, tapi tak apalah kan, sekadar ingin mencuba nasib

semoga tuhan kuatkan hatiku untuk terus menjadi anak yang baik mendengar kata, tahan segala bebelan dan tidak melawan kata mereka...amiiin



sangat rindu bau bunga rose, harap saya masih ingat baunya.....

No comments: