Sunday, September 26, 2010

ini bukan tips make up

ini bukanlah entry tips make up (cuba untuk tidak mengulang tajuk) sebab saya bukanlah jurumekap professional macam Jillian Dempsey ataupun local make up artis seperti lelaki2 lembut yang pandai bermain dengan warna, saya cuma boleh beri pandangan terhadap make up setelah menceburi make up since saya tadika lagi (kantoi main make up emak) :P

Elakkan dari menyimpan make up terlalu lama contohnya macam saya, mascara (yang sapu kat bulu mata), saya jarang pakai benda ni, pakai bila ala special occasion je, jadi lama la saya simpan, bila nak pakai, mascara dah berbau busuk, busuk tu sebab mascara lama, make up akan jadi busuk bila disimpan lama kalau lebih sebulan, jadi tips 'kalau anda jarang pakai make up, tak payah beli, pinjam je dengan kakak atau kawan'   ataupun macam ini, pakai jelah selalu make up anda tu, kalau takda masa, letak je dalam handbag, bosan2 boleh la tenyeh kat muka sendiri atau muka orang lain :P

hah lagi satu ni, saya biasa nampak kawan2 saya yang suka sapu bedak tak kira la compact powder atau loose powder banyak2 kat muka bagi hilang berkilat dan nampak segar, kelemahan yang akan dapat dilihat ialah pada bulu mata, dah jadi putih jugak gara2 sapuan bedak yang banyak, di sinilah mascara memainkan peranan, kalau tak nanti kantoi la anda pakai bedak banyak sangat sampai bulu mata pun putih :P

lastly, kalau orang cakap setiap perempuan mesti ada cermin, saya pulak cakap setiap perempuan mesti ada make up remover, dan anda wajib menyapu make up remover selepas dah sampai rumah dan taknak keluar dah, sebab make up tu mengandungi chemical dan kalau malas nak buang terus pegi tidoq siaplah esok bangun tengok ada jerawat huhuhu, jangan jadi macam pelakon dalam drama2 yang tidur pun ada make up and fake eyelashes pun tak bukak heh, tips 'pakailah pencuci muka yang ada make up remover skali, 2-in-1 lah maksudnya' contoh yang ada cap Body Shop

ragu2 dengan cap Simply Siti sebab saya tak gemarkan warnanya sebab Siti nampak tak cantik dalam iklan Simply Siti tapi bila tengok Siti dalam program raya tu lagi cantik, adakah dia pakai make up lain?

3 comments:

yanaLiy said...

pakai lipstik bagi mengelakkan muka pucat.

ade recommendation utk make up remover yg elok? yg tak tinggalkan minyak2 kat muka lepas pakai.

LyEaDz said...

sy jarang guna mekap remover.dan muka sy jarang berjerawat.cmne?hihi

Zatiesiska Abdul Rahman said...

kyana : tak jumpa lagi lipstik yang sesuai, hummm sekarang saya pakai yang pencuci+make up remover, cuba try make up remover maybelline sebab ramai kawan pakai yang tu (botol color baby blue)

khalida : hey dear! thanks for following me, wah bestnya jarang berjerawat, time PMS je ada jerawat huhu