Tuesday, November 9, 2010

25 things you must know about me

Tagged by : Enon
Once you have been tagged, you are supposed to write a note, with 25 random things, fact, habits, or goal about you. at the end, choose 25 people to be tagged. you have to tag the person who tagged you. if i tag you, its because i want to know more about you. your cooperation is highly appreciated. haha


25 people to be tagged? haiyooo 5 je boleh?

1. Nama saya banyak, lagipun bukan sebab saya tak suka nama betul saya, it just that saya ni ramai musuh, jadi kalau pakai nama betul senang orang nak google, tapi nickname saya semua nama pelik2 :P

2. Anak pertama dari dua adik beradik, sekarang ni saya jadi anak tunggal je lah sebab adek tengah belajar kat kelantan, bosan memang bosan, beria saya suruh mak amik anak angkat sebab ramai kawan2 saya emak mereka amik anak angkat, tapi ayah cakap "that was a very ridiculous thing that i've ever heard", lepas tu takda dah orang cakap pasal anak angkat lagi -_-

3. Saya dari kecik sampai sekarang seorang loser, heh bukan nak mengutuk diri sendiri tapi betul pun

4. Sekarang saya tengah ambil Bachelor of Accountancy UiTM Shah Alam, degree ni ternyata memang susah dari diploma dan saya tinggal satu semester je nak habis sebelum berada di alam pekerjaan dan mungkin sambung professional part time tapi local university la, mak n ayah tak bagi belajar kat oversea, diorang cakap sama je belajar mana2 pun, tapi diorang duk bangga la sepupu2 saya yang belajar oversea, tapi setiap kali itu, hati saya menangis T_T

5. Saya ramai kawan, tengok sajalah ucapan hari jadi dan surprise party dari kawan2 yang disayangi, dalam ramai kawan, saya juga ramai musuh, almaklumlah mulut saya ni laser, apa2 pun saya minta maaf sebab saya hanyalah manusia biasa....

6. Kereta? Dulu masa mula2 dapat lesen P ayah bagi kancil merah second hand, memang sayang gila kereta tu, it was my first car, lepas dah pandai sikit ayah bagi encik neo, tapi dah 2 minggu tak pegang stereng encik neo sebab tank minyak hitam pecah hari tu ayah terlanggar batu, itulah masalah kereta rendah ni, tapi saya bersyukur sebab dapat kenderaan (start je kerja kena bayar installment sendiri)

7. Warna pilihan? Of course pink! Jiwa loser dan lembik ni memang color pink lah

8. Sukan tak banyak main sangat, biasalah kan loser, hahaha sekolah rendah dulu join cheeleading group tapi bukanlah ada uniform khas tu, sekadar cheer bila ada sukan tahunan ataupun team bola sekolah wakil mana2, sekolah menengah banyak main badminton, adalah masuk open penang state tapi tak terpilih, penang kot! ramailah cina yang pandai main badminton, di samping itu saya join tae kwon do sampai belt merah hiks :)

9. Pernah diseluk poket (ayat apa la ni) waktu saya pergi midvalley dengan Dye, oh masa semester 1 diploma, cute2 je lagi, kena pula handphone nokia pink yang mak n ayah bagi sebab SPM yang boleh la tu, kisahnya bila saya nak masuk ke train kan berpusu-pusu, keychain yang gantung kat handphone tu dibiarkan keluar poket, jadi memang membuka ruang si penyeluk saku la, dapat je cam muka tak handsome terus saya cubit perut si buduh ni dan berkata "bagi balik handphone saya" isk dia pun bagi balik la (kalaulah cekgu tae kwon do saya nampak mesti dia hantuk kepala kat dinding, sia2 ajar sampai red belt tapi kau cubit je perut budak tu)

10. Shopaholic to the max cuma semester ni dikawal oleh mak n ayah sebab praktikal dekat KL kan, kalau kat shah alam mampuih, negative cash flow le aku, hah lepas tu ada la skim cepat kaya la MLM la datang konon nak tolong, pi mamps!

11. Pernah diberi nama jolokan, hah jolok jangan tak jolok, masa sekolah rendah "Donkey" oleh seorang budak laki yang saya gelarkan dia "Cicak Kobeng" hahaha entah apa cerita dia sekarang, masa sekolah menengah "Gummy Bear" kan saya cakap saya ni loser -_-"

12. Ketinggian 148cm membuatkan saya sering pakai high heels, eh berat buat apa nak tau :P

13. Saya tengah kumpul koleksi baju "I LOVE" setakat ni dah ada 'i love KK', 'i love SB', 'i love reading', 'i love fish' dan 'i love peers'

14. Saya tak suka orang yang bergaduh tinggi2 suara, kalau dia bergaduh biasa tak apa, tapi kalau tinggi2 suara saya akan automaticnya menangis, takut kepada keganasan hehe

15. Suka mandi hujan, kena pulak time sedih, memang bersatulah air mata dengan air hujan

16. Tak suka pergi camping, tak suka hutan, takut, macam2 orang cerita hantu, lagi ada lintah la pacat la, toilet pun tak bersih, kena gigit pelesit la hishh selalu badan betis akan lebam, PEERs la camping terakhir saya pergi, sebab dah jadi AJK takkan nak mengecualikan diri pulak kan



OK CUKUP, SETERUSNYA SAYA SAMBUNG DENGAN APA YANG ORANG FIKIR PASAL SAYA



17. Saya sombong, bahahaha it is because my mom told me "dont talk to strangers"

18. Berlagak, erks okaylah i'll try to change 0-0 okay

19. Cakap berterabur, sebab tu saya diamkan diri bila jumpa Timbalan Naib Canselor berkenaan dengan lawatan PEERs ke Sabah tempoh hari dan mengelak untuk meeting dengan dekan walaupun saya pengarah bersama dengan MAI, mujur MAI boleh tolong,i need to improve my communication skill a lot!

20. Pemurah, suka belanja kawan atas pertolongan kawan yang seciput je, hehehe actually i just wanna them be happy, duit apa lah sangat nak dibandingkan dengan kesudian diorang kawan dan tolong kita ye tak?

21. Obsessed with warehouse sale, selalu sayalah yang update kawan2 tentang warehouse sale especially yang dekat Stadium Malawati Shah Alam, lepas tu buat shopping review dekat blog, oh i just love my job!

22. Malas lipat kain, errr bukannya apa, cuma saya takda seni macam orang lain, NAD n ENON pernah tolong lipatkan baju saya heheheh calon isteri tak baik betul saya ni -_-"

23. Suka cabar diri sendiri, semester lepas saya cabar diri sendiri taknak minum coke dan berjaya, kandungan gula pun normal, tapi when i comes to food or shop, i surrender from the start :P

24. Susah nak dapat lelaki yang baik, ialah memang betul, ramainya suka ambil kesempatan je, errr kesempatan di sini bukannya ringan2 ke apa, tapi macam orang lelaki tu rapat dengan saya cuma nak tumpang kereta, belanja makan, buatkan assignment, tolong adjust perempuan haih macam2 lagilah, tak apa kali ni saya cuma akan tumpukan perhatian terhadap Lee Min Ho je, tak habis duit, tak buang masa

25. Susah nak ponteng kelas, hehe kalau zaman sekolah rendah dulu akan dapat sijil kehadiran 100% walaupun habis exam tapi still datang sekolah main monopoly :P


Jyeahhhhh done! Sejam diperlukan untuk menaip post ni hehehe jadi saya nak tag :

- Pinas (my old time friend, I need to know lots bout u hun! almost 10 years tak tau pasal awak)
- Tajul (hehe kau wajib!)
- Air-Ah (dia ni rajin jawab tag)
- Pain (dah tag Air-Ah kena tag Pain jugak)
- Lina (itupun kalau awak ada masa okay)

5 comments:

Anonymous said...

niceeee dear! awk buat jugak..
ngeee~ jom pegi kursus pengurusan rumah tangga.. i hate lipat baju! haha

anastasheeka said...

arghh pinass??? hhahaha :DD

Zatiesiska Abdul Rahman said...

enon : bahahaha awk pernah tolong lipatkan baju kte apa

anastasheeka : yeah you!! :D

Lina Lokman said...

eh eh zatie ada tag lina jugak kee. sorry zatie musim exam hari tu tak baca blog pon. nasib baik dah buat jugak 25 facts ni. hehe :)
anyway loser apanyaaa zatie oiii. tak loser pon :)

Zatiesiska Abdul Rahman said...

bahahha takpa, dah baca pun