Thursday, March 18, 2010

kerana cinta kita

baru je beberapa bulan kita menjalin hubungan, hubungan yang pada mulanya tak direstui oleh mak, tapi ayah yang baik hari dah memberi izin, akhirnya mak pun akur dengan keputusan ayah, yes!

semakin hari aku mencintai mu, haha ok makin jiwang, setiap hari kau membantuku, bantu buat homework, cari jalan dan macam2 lagi

tapi hari ni aku seakan mengabaikanmu
maafkan aku, aku janji tak buat lagi
kecuaian aku tak menjagamu mungkin mengakibatkan kau hilang dariku
atau lebih teruk lagi, kau mungkin akan bersama orang lain

bila menyedari kau tak ada bersamaku di kelas pagi tadi
terus hati ku tak keruan
hubungan mesra kita selama ni mungkin akan terputus akibat kecuaian aku :(

terus aku bergegas dari level 4 faculty
turun ke kolej seroja di mana tempat encik neo bertapa sementara menunggu class aku habis
jauh gak aku menapak, mengharungi bukit bukau sepanjang perjalanan dari faculty ke kolej seroja
semata-mata untuk mencari kau

akhirnya aku jumpa kau jugak
dekat atas seat belah kiri
mujur kau tak pergi lagi
maafkan aku

kau di sini ialah babyboy ehehe :P

2 comments:

kudakertas said...

igtkn cte pasl aku td..hehehe..

Zatiesiska Abdul Rahman said...

alaaa nanti aku buat post pasal kau ok hehe