Wednesday, April 7, 2010

meeting with VC

aku rasa blog aku je ada cerita pasal VC kan
ok meet our naib canselor Dato' Prof Ir Dr Sahol Hamid b. Abu Bakar
tadi meeting dengan budak2 faculty of accountancy sekali
sungguh tak sangka vc sangat cool!

vc ada cerita latar belakang beliau
datang dari keluarga yang kurang berkemampuan
masuk itm pun program pra
sekarang dah berjaya
wow

vc sekarang ada misi untuk buka 5000 tempat kosong
syarat dia : miskin, dan spm cukup2 makan, teruk pun tak pa
haha memang tujuan asal itm ditubuhkan untuk membantu bumiputera yang kurang berkemampuan
tapi sekarang aku tengok student uitm sangat selesa
even nak parking pun kalau boleh depan faculty
amboih!

jika anda seorang yang miskin dan spm pun tak berapa bagus
sila bagi nama kat saya
insyaallah tempat anda di uitm ada
program yang ada : pra perakaunan, pra sains dan pra perdagangan
asalkan semagat nak berjaya tu ada
mengubah nasib keluarga
start dari program pra, lepas tu diploma, degree, master atau professional
aku tabik dengan golongan yang nak mengubah nasib keluarga dengan belajar sungguh2
duit takda jangan risau, vc boleh tolong hehehe
tapi yang aku nampak sekarang
orang masuk program realiti dengan niat kononnya nak mengubah nasib keluarga
cait!
paling tak boleh terima alasan tuh hahah

aku ada minta tolong vc pasal program kami ke sabah
untuk minta penempatan dan pengangkutan
dengan cool beliau menjawab "u write to me"
okay kira settle la hahaha
esok mengadap assistance beliau kat canselori
bangun awal!


seronok lak keja jumpa orang2 penting nih, at least aku belajar something, dari tak buat apa2 dan cuma mengutuk orang je kerjanya kan (oops ada orang terasa ke, sorry hahaha)

No comments: