kisah ni berlaku masa aku mula-mula masuk degree kat uitm, haha time tu dah busy dengan peers, kerja sekolah, macam-macam la, sampaikan selalu je ada benda yang tertinggal bawah meja, memang tak perasan langsung, sampaila satu hari time kelas corporate finance, aku tertinggal handphone lama color pink, no celcom 019-3747***
bila aku sedar tak da handphone tu, terus patah balik kat kelas tu tengok dah takda, haih penchurik ni kejap je kan, kalau aku letak rm50 kat sana, tak sampai seminit terus lesap, lecturer corporate governance ada cerita masa dia pergi UK dulu, dia tertinggal laptop kat kerusi railway station, bila dia balik kerja nak cari balik beg laptop dia, still lagi ada ataas kerusi tempat dia duduk pagi tadi, huh tak hilang pun, kalau kat malaysia, letakla kat kerusi KL sentral tu, hahaha ada berani ke?
ok berbalik kepada cerita asal, disebabkan terlalu busy, aku takda la buat iklan siapa terjumpa handphone nokia color pink sila kembalikan kepada saya, and aku pun takda la check kat level 11 office faculty aku kot2 ada orang kasi handphone tu kat sana, time tu pulak level 11 tengah renovation and akak2 office tu sebok nak pindah barang naik level 12, aku tak tanya la pulak takut tak dilayan
dekat celcom pun aku tak pegi block number tu sebab busy la haha kan dan cakap tadi, orang-orang yang call aku banyak kali kat number tu pun macam pelik sebab dengar ada orang angkat call tapi tak cakap apa2, huh si penchurik la tuh!
sampaila semalam baru aku pegi celcom (okey setelah 3semester berlalu baru tergerak hati nak pegi celcom center) hahah tu pun di atas nasihat mai suruh block sebab takut si penchurik tu guna number aku untuk tujuan ugut ke ape ke kang tak pasal2 polis check balik siapa owner, nama aku lak yang keluar kan!
mula2 aku ingat nak terminate terus je walaupun tu number sangat sedap untuk di sebut, tapi akak celcom tu suruh guna je, humm aku pun on je number tu, banyak gila misscalled dari kawan si penchurik tu, mula2 aku ingat nak berlakon macam ni "saya terjumpa la handphone ni, boleh saya tau macam mana nak bagi balik" tapi malas laaa :(
so sekarang kawan2 dia masih nak call lagi, ceh kau tau tak orang yang kau call tu penchurik! sakit jiwa lak pegi sambung guna number tu, baik aku terminate je
shah alam dah tak selamat, cepat cari kawasan baru, kereta satria neo kena curi tapi penchurik bodoh tu deal nak jual kereta curi tu dengan orang yang ada kaitan dengan owner kereta tu hahaha
3 comments:
aih, kete ko kne curi ke zatie?
bukan, kawan punya, hehe jangan di sebut keretaku, mintak simpang laa
bukan, kawan punya, hehe jangan di sebut keretaku, mintak simpang laa
Post a Comment