tak patut bukan??!!
sedang saya menikmati "corn in cup" di pantry office, ada paper ni atas meja, siap ada ulasan penganalisis jenayah - encik kamarul
mereka cakap wanita sekarang bukan macam wanita zaman dulu yang kaya dengan sopan santun segala lah, tapi wanita sekarang suka bawa kereta laju2, membahayakan nyawa bla bla bla
saya mewakili golongan wanita yang MAJORITINYA berhemah menyangkal apa yang diperkatakan dalam paper tersebut
mungkin mereka ada bukti yang golongan wanita berkelakuan ganas di jalan raya dan saya percaya cuma bilangannya amat kecil, kerana saya dengan tegasnya berkata pemandu lelaki lebih ganas dan lelaki juga pembuli di jalan raya
kebanyakkan spesies yang ikut suka hati depa saja dan EGO yang tinggi ini rata2nya saya nampak pemandu teksi, haih dengan seatbelt tak pakai, bawak sebelah tangan pegang steering, sebelah tangan pegang rokok, dengan SIGNAL pun malas nak bagi, kalau nak saya senaraikan memang sampai esok pun tak habis
saya bercakap atas pengalaman saya menjadi pemandu selama 3 tahun di area KUALA LUMPUR dan SHAH ALAM yang sangat terkenal dengan jalan sesak sekitar jam 8pagi dan 5petang
dalam paper tu diletakkan lagi gambar wanita tengah memandu sambil pegang cikedis, ala biasa la tu, saya pun penah drive sambil makan nasik lemak (don't try this at home)
contohnya macam waktu balik dari office tadi (sila rujuk gambar di bawah)
maaf buruk yang amat, saya tak pandai melukis, sila kelik untuk gambaran lebih besar
yang bewarna coklet petak tu office saya iaitu TH Selborn, sebelahnya kondo The Orion yang saya berangan hari2 nak beli satu unit, dan yang kanan sekali Institut Jantung Negara (IJN)
yang colorful kat bawah tu ialah kereta yang berpusu2 nak balik rumah, ditambah lagi hujan lebat sangat membuatkan tahap kesabaran pemandu berada di hujung tanduk
saya yang memandu encik neo (sila rujuk bulatan yang ada lukisan senyum) seperti biasa bagi laluan kepada sebiji kereta untuk masuk ke jalan besar, tapi SEBIJIK je la kan, kira one-by-one, sebijik lepas, sebijik tunggu, sebijik lepas, sebijik tunggu dan seterusnya
saya berila laluan kepada kereta hitam (dalam gambar beliau dah didepan saya), lantas ada la pakcik bengong yang menghimpit dan mencucuk2 saya dari tepi sibuk nak masuk seperti dia berkata "kereta hitam kau bagi masuk, apsal aku tak bagi masuk"
saya yang menjalankan dasar one-by-one memang tak bagi la pakcik samseng ni masuk, dia cucuk, saya cucuk balik, adegan cucuk menyucuk ni berterusan sampaila 10 meter dari IJN, cuma tuhan sajalah tahu berdebarnya hati saya berlawan dengan pakcik tersebut, buatnya calar encik neo siapa nak tanggung, gaji rm450 sebulan cukup nak cover minyak+makan tengah hari saya saja tau
lepas tu pakcik tu masuk simpang HKL, malu lah tu kalah dengan perempuan, pooodahhh dengan tak bagi signal, selfish, ego, tak paham konsep one-by-one
oleh itu, kajilah semula keadaan sekeliling anda sebelum membuat statement pasal wanita kerana saya akan membangkang jika ianya tidak betul sama sekali
sekian, assalamualaikum waramatullahiwabarakatuh


No comments:
Post a Comment