seperti tahun lepas, tahun ni tak adil kalau tak buat jugak kan, mari kita mulakan!
JANUARY
Berkat usaha murni dan jerit perih (ok over gila) selama setahun 2009, akhirnya BADAN PEER KAUNSELOR UiTM berjaya menang besar dan dinobatkan sebagai persatuan terbaik UiTM 2009
- Tempat Ketiga Kategori Ilmiah dan Akademik RM 500 (Program Kaunseling Kelompok)
- Tempat Pertama Kategori Khidmat Sosial RM1,000 (Program Tautan Mekar Bersama Siswa)
- Juara Persatuan Terbaik Keseluruhan RM2,000
ala ni kira malam penganugerahan macam lebih kurang anugerah skrin la, we are the crew behind the scene, staff uitm as the judges, program2 tu macam filem and the actor and actress are the members of peers :)
FEBRUARY
Semakin sibuk dengan rutin harian, tempat praktikal pun tak confirm lagi, tapi paling best dalam bulan February ialah birthday NISA :D
ice cream cake paling sedap di dunia hahahh, nak try buat sendiri lah
Nothing much happens, just a lil bit misunderstanding dengan readers yang tak kenal saya sepenuhnya dan terjah dengan tohmahan bukan2, whatever it is, i dont give a damn
masih berulang alik dari rumah ke faculty ke office HEP berkenaan budget yang diluluskan untuk program TRANSISI KE UNIVERSITI
APRIL
It was Lina's 19th birthday! And guess what, saya telah prepare pudding jagung with pudding cake for this birthday girl, and that was my first attempt, lepas tu bila suruh buat lagi, tak jadi okayh T__T
MAY
Final exam!! wohooo finally dapat pun tempat praktikal hehe, tengah dalam dewan exam boleh pulak orang office tu call, dah takmau cerita la kisah sedih disebalik dealing with people behind this practical training
and the very very best day bila hari saya merdeka dan menjadi single yeah
TRANSISI KE UNIVERSITI bermula.....
First day of practical training, memang rasa berat hari yang amat lah, rasa nak duduk depan computer mengadap komen kawan2 sejak balik Sabah, yang mengomen tu budak2 yang pergi sabah jugak -__-"
JULY
bhahahaha maluuuunya bila teringat pasal July, sebab ada ke patut boleh tersuka dekat Lee Min Ho, and most of my entries in July was all about him, gilaaaaaaa
ok tell me, who will say no if this guy proposing you to be his wife?
AUGUST
August - fasting month, tak ada masalah bila berpuasa di office, tengah hari je semua pakat tidur kat surau hehehe and that moment makes me feels like i'm part of the family :")
Cuma bila "aunty rose" datang melawat, memang tak biasa la join non muslim lunch dekat meja belakang tiang, segan lah :P
Kelas numerologi yang menarik, siapa yang still tak tau apa tu numerologi, saya ada buat entry khas *link* tapi yang ni basic je, kalau nak tau lebih lanjut kena menuntut ilmu dengan kaunselor dulu
SEPTEMBER
Hari Raya Aidilfitri, raya dengan rambut perm, agak nervous dan tak yakin pun ada
along pun bertunang la masa raya ketiga, selaku anak dara kedua tertua (jawatan khas), jadi saya kenalah tolong angkat dulang hantaran
hey its my birthday, i really wanna get with you :)
officially 21 years old, dah kena serious dengan perancangan hidup, simpanan hari tua, dan berat badan supaya nanti dah tua, saya menyimpan angan2 untuk menjadi hot mama :")
senarai perancangan hidup, sila baca dengan penuh serius ya
1. Minum susu sehari sekali at least
2. Taknak pakai tshirt dah, tshirt tu just untuk bersukan atau pun tidur je, nak banyakkan pakai kemeja dan dress
3. Nak rajin baca The Edge supaya takda la bodoh sangat pasal business
4. Nak focus dengan Lee Min Ho sorang je dulu, kalau dia dah kahwin baru cari lelaki lain (eh ni pun masuk ke)
NOVEMBER
nothing special happened, my practical training sepatutnya habis 30th November tapi boss merayu2 mintak saya extend sebulan lagi (cewah)
DECEMBER
itu dia, bulan di mana Malaysia telah berjaya memenangi Piala AFF Suzuki, taknak cerita banyak sebab saya tak tau pun pasal bola, yang saya tau kalau masuk goal kena jerit "GOALLLLLLLLL" hey im not that stupid okayh, berazam nak beli jersey Malaysia hikhik
and finally sampailah hari terakhir saya di tempat practical, saya memang takpandai cakap 'goodbye' and i really hate that word, so masa hari terakhir saya, saya cuma hantar email ke semua staff :
New year......New book........New chapter.....(yang ni tiru ayat haja :P )
Thank you for everything
Love, Izzati, practical student Accounts & Finance Dept (1st June - 30th Dec)
simple gilaaaa, tak reti nak cakap apa lagi, takkan nak google kot farewell speech, kang nampak tak ikhlas dari hati
JANUARI 2011
well dah setahun berlalu dengan pantas, disamping berat badan yang bertambah dengan pantas, saya mesti melakukan perubahan, semester terakhir bergelar mahasiswa dan bakal membawa pulang ijazah sarjana muda perakaunan, mesti melengkapkan diri dengan perkara2 yang diperlukan untuk menjadi seorang dewasa, seorang akauntan
tahun di mana ianya bukan peralihan dari darjah enam ke tingkatan satu
bukan juga peralihan dari tingkatan lima ke universiti
tetapi dari universiti ke alam pekerjaan
kalau tak siapkan diri dari sekarang, memang akan hanyutlah





2 comments:
ooo suda mau grad ke..bgs2..hehehe..
moga thn bru ni lbh baik dr thn sblm..
hehe insyaallah
thanks encik kuda!
happy new year :D
Post a Comment